Conteng mural pemimpin negara: 3 wanita dibebas selepas diambil keterangan

Tiga wanita dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes menconteng mural yang memaparkan wajah pemimpin negara Julai lepas, namun mereka dibebaskan kemudiannya selepas didapati mempunyai alibi yang kukuh.

Ketua Polis Selangor Noor Azam Jamaludin berkata, ketiga-tiga wanita berumur antara 25 dan 35 tahun itu dibebaskan selepas didapati mempunyai alibi kukuh yang tidak membolehkan mereka disabitkan dengan jenayah itu.

“Mereka dipanggil 3 minggu lepas kerana pada mulanya disyaki terlibat, namun selepas siasatan, didapati mereka tidak terlibat.



“Kami masih bekerjasama dengan Bukit Aman dalam aspek teknikal bagi mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam persidangan media selepas merasmikan Neighborhood Watch Programme di Seksyen U5, di sini.

Julai lepas, mural gergasi beberapa potret pemimpin negara pada dinding sebuah bangunan kedai di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di sini diconteng pihak tidak bertanggungjawab dengan perkataan kurang menyenangkan menggunakan cat merah. FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker