Tiga bintang PSG positif COVID-19, Neymar dipercayai salah seorang
Tiga pemain Paris Saint-Germain (PSG) yang tidak dinamakan disahkan positif COVID-19 dan Neymar adalah anataranya.
Perkara itu diumumkan kelab tersebut pada Rabu menerusi perkongsian di Twitter rasmi mereka.
Menurut kelab tersebut, tiga pemain disahkan positif selepas menjalani ujian saringan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan.
Pada masa sama, kesemua pemain dan pengurus kelab tersebut akan terus menjalani ujian saringan berterusan.
Bagaimanapun, memetik tweet Piers Morgan, tiga pemain PSG yang disahkan positif itu adalah Neymar, Angel Di Maria, dan Leandro Paredes.
Mereka dilaporkan positif selepas menghabiskan cuti mereka bersama di Ibiza.
Terdahulu, kelab tersebut mengumumkan pada Isnin, dua pemainnya yang tidak dinamakan menunjukkan simptom COVID-19.
PSG dijangka akan mempertahankan gelaran Ligue 1 mereka di Lens pada 10 September.
Peraturan liga menetapkan sesi latihan pasukan mesti dibatalkan jika kelab mempunyai empat kes positif dan perlawanan mungkin terpaksa ditangguhkan. Awani
You must be logged in to post a comment.