Perselisihan Bung Moktar dan Rahman Dahlan selesai

Tiada Krisis Antara Bung Mokhtar Dan Rahman Dahlan – Ahmad Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan tiada krisis antara Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar dengan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bukanlah krisis tetapi lebih merupakan perbezaan pendapat dalam keluarga.

“Tidak ada krisis sebenarnya, ini hanya seperti berkocaknya air di dalam cawan. Itu hanyalah masalah adik beradik. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan.” kata Ahmad Zahid kepada SuaraTV selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan Jentera Wanita UMNO Negeri Sabah di Kota Kinabalu semalam.

Sementara itu sumber memberitahu SuaraTV, dalam ucapan tertutup tersebut Ahmad Zahid tampak menyatukan kepimpinan parti apabila turut memberi penghargaan kepada pemangku-pemangku Ketua UMNO Bahagian yang terpaksa mengambil alih kepimpinan bahagian apabila berlaku penghijrahan beramai-ramai Ketua UMNO bahagian ke Bersatu.



Abdul Rahman Dahlan yang ditemui di luar majlis yang sama enggan mengulas lanjut tetapi dengan muka gembira menyatakan biar Presiden yang memberi kenyataan. Suara.tv

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker