Sekolah Vernakular: Sejak bila pemuda ultra kiasu pandai guna istilah ‘assobiyah jahiliyah’
Kenapa mesti bersubahat tunggang terbalikkan negara ini?
SEJAK ultra kiasu Melayu berkawan dengan ultra kiasu sepet ini, semakin bertambah kosa kata arabnya, assobiyah jahiliyah.
Kalau lama lagi berkawan, saya kira selepas ini, majoriti ultra kiasu ini akan bersunat. Saya ucap tahniah dari awal jika penyunatan itu berlaku.
Sedap saja Pemuda Pakatan Harapan (PH) membidas kenyataan Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang bertegas mahu sekolah vernakular dihapuskan secara berperingkat.
Dalam kenyataan bersama Ketua Pemuda ultra kiasu berpendapat, pandangan Wan Ahmad Fayhsal itulah yang perlu ‘dimansuh’ segera. Guna perkataan mansuh pun tidak kena pada tempatnya, nak jaga negara macam mana?
Pemuda ultra kiasu berhujah, Wan Ahmad Fayhsal, katanya rasis dan tidak selaras dan salah kerana tidak memahami jati diri berbilang etnik negara ini atau assobiyah jahiliyah. Saya tidak kenal Wan Ahmad Fahysal, tetapi pada satu sisi pandangannya ada benar.
Ultra kiasu menolak pandangan sekolah vernakular gagal memperlihatkan jati diri nasional.
Ultra kiasu ini faham atau tidak maksud jati diri. Jika tak faham, marilah kita ke sekolah. Saya cabar berdebat dalam isu ini. Saya bersedia berhadapan dengan empat ketua pemuda ultra kiasu tersebut.
Pertamanya, pergilah buat kajian ke sekolah vernakular. Jika malas nak buat kajian, apa kata ultra kiasu ini pergi ke sekolah vernakular, suruh murid-murid SJKC menyanyikan lagu negaraku dan cuba berkomunikasi dalam Bahasa Melayu (BM). Itu sudah cukup untuk menunjukkan sama ada mereka ini ada jati diri atau tidak.
Saya tidak nafikan perpecahan kaum turut disumbangkan oleh orang politik. Tetapi kebodohan murid-murid SJKC dalam menguasai BM, sebagai bahasa kebangsaan, jangan pejamkan mata.
Bolehlah perpaduan dicapai jika tidak ada komunikasi. Takkan kita nak anak Melayu bercakap Cina dengan murid-murid Cina. Ini ‘mangkuk’ namanya.
Pemuda-pemuda ultra kiasu ini, faham atau tidak, punca atau isu pokok ini. Kalau tidak faham mari mengaji dengan saya
Kedua, Wan Ahmad Fayhsal benar apabila berkata, sekolah vernakular rata-ratanya gagal menghasilkan murid yang kental jati diri nasional, dan hanya menguasai bahasa ibunda masing-masing.
Mahu saya buktikan? Mudah sahaja. Bagi geran pada saya untuk saya buat kajian menyeluruh tentang keupayaan murid-murid bercakap BM dan kejanggalan mereka bergaul dan berkomunikasi dengan orang Melayu. Kalau cakap pun dah tak betul, “bulung bulung telebang di angkase”. Nak harap apa lagi.
Ketiga, satu lagi hujah, mengenai jumlah 18 peratus murid bukan Cina, murid Melayu di SJKC. Hujah ini djaja merata sebagai buktikan bahawa sekolah mereka hebat sehingga Melayu pun masuk. Usahkan Melayu, India pun ada. Jadi, apa?
18 peratus Melayu di SJKC tidak boleh dijadikan hujah bahawa SJKC itu hebat. SJKC kata pemuda ultra kiasu ini sangat bercirikan Malaysia dan mencerminkan semangat Rukun Negara.
Maaf, saya nak guna peribahasa, kamu ini ‘bodoh tidak dapat diajar, cerdik tidak dapat diikut’.
Ultra kiasu tahu tak mengapa orang Melayu menghantar anak-anak mereka ke SJKC. Bukan soal SJKC itu lebih baik daripada sekolah kebangsaan.
Marilah saya sekolahkan. Dalam Islam, menguasai bahasa begitu dituntut dalam Islam, supaya tidak mudah ditipu.
Rata-rata orang Melayu menghantar anak-anak mereka ke SJKC kerana mahu menguasai bahasa mandarin. Bahasa ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, terutama tujuan dakwah.
Tentang Bumiputera di Sabah didakwa ada lebih 71.5 di sebahagian SJKC dan SJKC Ladang Grisek, ada 68 peratus. Hujah ini bukan sahaja bodoh tapi naif.
Mereka tidak ada pilihan. Jika ada sekolah aliran Bumiputera ditawarkan, saya tidak fikir Bumiputera akan ke SJKC
Tetapi disebabkan Bumiputera ini terlalu baik, meraikan bahasa pendatang, akhirnya pendatang berjaya menjadikan bahasanya penting dan mendirikan sekolah. Yang nasionalistik itu adalah murid-murid Melayu dan Bumiputera di SJKC kerana mereka menguasai BM ketika berada di SJKC.
Yang tidak nasionalistik sebahagian murid-murid Cina SJKC yang langsung tidak boleh berkomunikasi dalam BM.
Melayu dan Bumiputera bila bertemu menggunakan BM. Cina bertemu Cina, jika berbahasa Melayu, tandanya dunia nak kiamat. Siapa rasis sebenarnya?
Saya fikir ultra kiasu yang juga bekas Timbalan Menteri Pendidikan sangat jahil. Sebenarnya yang assobiyah jahiliyah bukan Wan Ahmad Fayhsal tetapi bekas menteri ultra ini yang bebal.
Ultra kiasu turut membandingkan antara SJKC dengan sekolah antarabangsa yang tidak menggunakan kurikulum negara.
Saya nak katakan ini sudah terlebih bebal. SJKC dengan Sekolah Antarabangsa berbeza.
SJKC menggunakan bahasa Cina sepenuhnya, bahasa etnik. Manakala, sekolah antarabangsa menggunakan bahasa Inggeris. Takkan tidak boleh beza antara bahasa etnik dengan bahasa antarabangsa.
Bahasa Inggeris, telah digunakan secara meluas apabila Tanah Melayu dijajah. Manakala, bahasa etnik adalah bahasa pendatang yang dibawa masuk penjajah British.
Menurut Khoo Kay Kim, British hanya membenarkan SJKC beroperasi jika orang Cina bercadang untuk menetap sementara di Tanah Melayu. Namun, jika orang Cina mengambil untuk menetap di Tanah Melayu, maka SJKC ini mesti “mansuhkan” (maksud dihapus dan dirobohkan), mengambil perkataan salah “mansuh” yang ultra kiasu gunakan.
SJKC mendapat bantuan kerajaan sepenuhnya, sekolah antarabangsa tidak. Kerajaan melalui KPM telah mengeluarkan arahan supaya masa subjek BM dipanjang di SJKC daripada 180 minit seminggu kepada 240 minit (270 minit) bagi membolehkan mereka menjadi rakyat berjati diri.
Tetapi ditentang hebat oleh ultra kiasu. Kamu tolak. Alasan yang kamu berikan sangat tidak nasionalistik, tidak patriotik, menambahkan masa BM akan menjejaskan pembelajaran bahasa Cina. Dalam maksud, kamu tidak mahu langsung, BM mengambil sedikit pun masa bahasa Cina. Kamu tidak mahu murid Cina terlalu menumpu dalam BM sehingga penguasaan bahasa Cina terjejas.
Jika beginilah sikap kamu, eloklah kamu balik dan bermastautin ke negara China.
Wajarkah sekolah yang mendapat sepenuh bantuan kerajaan, tidak memperkasakan soal jati diri negara.
Saya amat mengharapkan agar PM bertegas mengenai keputusan untuk menambah lagi SJKC. Buat kajian dahulu. Kaji sejauh mana keupayaan murid-murid SJKC dalam kehidupan bernegara.
Ada juga yang berpandangan parti politik perkauman itu lebih bahaya daripada sekolah vernakular. Sila buktikan kepada saya, sejak UMNO memerintah, PAS memerintah Kelantan dan Terengganu, berapa buah sekolah vernakular ditutup? Tiada kan. Rata-rata kita lihat saban tahun sekolah vernakular bertambah. Jadi, mana bahayanya UMNO dan PAS.
Malah, rumah ibadat bukan bukan Islam tumbuh macam cendawan selepas hujan selepas BN mendapat majoriti tipis ketika memerintah dan ketika PH memerintah. Menjadi semakin tinggi dan berwarna warni. Semuanya hasil bantuan kerajaan, tidak kira siapa pun memerintah. Ultra kiasu tetap untung walau siapapun memerintah.
Benarkan, memang realiti politik Malaysia, parti politik berasaskan perkauman. Tetapi perjuangan mereka merentasi bangsa. UMNO dan PAS begitu jaga bukan Islam, sehingga terlepas pandang bangsa sendiri. Bukan macam kamu, bila ada kuasa sikit, perjuangan kamu tidak nampak bangsa lain.
Adakah kamu nakkan UMNO dan PAS halalkan semua kebun musang king, baru nampak tidak rasis. Insaflah.
Jika UMNO dan PAS tidak menghalang tanah haram musang king ini, dosa kamu ini tidak dapat dimaafkan. Tanah musang king ini bukan sahaja telah merosakkan alam sekitar, malah habitat alam pun turut musnah.
Ultra kiasu ceroboh tanah haram, buat kekayaan berjuta, cukai LHDN bayar pun tidak, kita tidak tahu, tiba-tiba bila aktiviti haram mereka terbongkar, mahu kerajaan halalkan.
Paling tidak dapat diterima, ultra kiasu ini turut menghantar memo kepada Yang diPertuan Agong. Sejak bila kamu mengiktiraf dan menghormati raja-raja Melayu.
Sebelum ini, puak-puak kamu kutuk dalam media sosial, kehidupan Raja-Raja Melayu membazir duit rakyat dan berbagai lagi. Tiba-tiba bila kamu tersepit, baru kamu cari raja? Boleh percaya ker ultra kiasu sebegini?
Sempena hari kemerdekaan pada hari ini, marilah kita sama-sama bermuhasabah. Parti perkauman Melayu (Islam) bila memerintah, mereka jaga kebajikan bukan Islam, sehingga jadi musang king. Inikah perkauman yang kamu maksud? Berbeza sekali apabila kamu memerintah. Insaflah
Akhirnya, sedarlah wahai saudaraku ultra kiasu ini licik, jenis makan keliling. Lihat bagaimana penyatuan mereka dalam isu musang king. Peneroka FELDA pun Melayu dan Bumiputera kena ada lesen, baru boleh terokai.
Sama seperti ketika mereka UEC. Kerajaan tidak benarkan. Tidak keluarkan lesen, ultra kiasu buat juga. Bila terdesak, minta kerajaan iktiraf. Ugut.
Mereka senang-senang saja ceroboh, bukan puluhan, tapi ribuan hektar.
Pendek kata mereka dapat sokmo. Sekolah, tanah, ekonomi dan banyak lagi. Kalau tak dapat, rasuahkan orang Melayu untuk dapatkan.
Ingatan kepada parti-parti politik Melayu yang dah mula dapat kuasa, ingat ya….ketika susah, ingat bangsanya. Bila kuat sikit, dia akan nak khidmat kepada bangsa lain, nak tunjukkan bahawa ia tidak rasis.
Tak ubah macam dalam perjuangan kemerdekaan. Yang teruk berjuang hingga hilang nyawa adalah Melayu dan kaum Bumiputera. Namun, bila nak merdeka, Melayu (Bumiputera) Cina, India…
Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah