Lawat makmal kesihatan di Sabah, DG Hisham ‘payung’ selfie bersama frontliner
Melakukan lawatan rasmi ke Makmal Awam Kota Kinabalu siang tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah memuat naik beberapa gambar dan juga laporan ringkasnya bersama petugas kesihatan di sana.
Belanja selfie sekali
Paling mencuri tumpuan sudah tentu selfie beliau bersama barisan petugas hadapan di makmal tersebut yang terlihat ceria menyambut kehadiran ‘hero negara’ itu ke tempat mereka.
Tahniah buat semua petugas barisan hadapan
Di kesempatan itu, Dr Noor Hisham sempat mengucapkan tahniah kepada para petugas belakang tabir di semua makmal-makmal kesihatan kerana menjadi sebahagian daripada barisan hadapan dalam perkhidmatan kesihatan Malaysia.
Tahniah semua petugas KKM
Seperti biasa, posting tersebut telah dipenuhi dengan ucapan tahniah serta pujian daripada warganet kepada ketua pengarah kesihatan tersebut yang menjadi ‘ketua panglima’ dalam peperangan melawan pendemik ini.
Mereka turut mengalu-alukan kehadiran beliau ke Kota Kinabalu dengan hati terbuka dalam lawatan rasmi tersebut.
Untungnya dapat jumpa Tan Sri
Terima kasih datang ke Kota Kinabalu
Sumber: Dr Noor Hisham ohmymedia