Tiada Persetujuan, Pelancaran Logo Perikatan Nasional Gagal dan Dibatalkan

Kota Kinabalu – Majlis pengumuman logo Perikatan Nasional (PN) yang dijadualkan petang ini di batalkan.

Menurut sumber dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) majlis yang sepatutnya dilancarkan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu terpaksa di batalkan kerana masih belum mencapai kata sepakat antara pimpinan parti tempatan.

“Batal, masih ada perkara yang belum dipersetujui,” katanya ringkas.

Terdahulu SuaraTV menerima jemputan media berhubung program tersebut.

“29 Ogos 2020 / Sabtu, Jam 2.00 petang. Menandatangani Persetujuan Penggunaan Simbol Perikatan Nasional (PN) bagi PRN Sabah,” memetik makluman jemputan tersebut.

Selain Muhyiddin, majlis tersebut di jangka akan turut di hadiri Presiden parti Star, Datuk Dr Jeffrey Kitingan;
Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Tuan Mohd Aminuddin Aling; Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee dan Timbalan Presiden PBS, Datuk Jamilah Sulaiman.

Suara.TV

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker