LEONA DIKECAM, KAKAK TAMPIL BERSUARA: “SHUT THE F**K UP ABOUT MY SISTER”

 

Selepas bapa kepada personaliti media sosial Kasih Iris Leona, pelakon Azhar Sulaiman memohon maaf, terkini kakaknya iaitu Kasih Leia Ixora pula tampil bersuara berhubung tular isu jawapan balas Leona yang dikecam bertiktok. Akur dengan status figura awam keluarganya, Ixora memohon orang ramai agar tidak mengganggu keluarganya terutama adik perempuannya itu.

“Boleh tak semua orang jangan kacau Kasih Iris Leona? Keluarga saya bukan kandungan hiburan kalian. Kadang-kadang kami sangat hargai sekiranya anda membiarkan kami melalui kehidupan kami sendiri. Yang menjadi masalah utama apabila cara kalian melayan gadis yang masih muda di media sosial hanya kerana minat mereka,” ujarnya.

Tambah Ixora, dia memohon netizen agar menghormati dan tidak menggunakan medium yang ada untuk membuli keluarganya: “Apa juga pandangan yang kalian terhadap tindakan dan isi kandungan (media sosial) adik saya, itu hak anda. Saya tak boleh memaksa kalian untuk mengubahnya.

 

“Tapi sebagai orang yang lebih dewasa, gunakanlah fikiran yang kritis sebelum bersuara kerana kata-kata itu mungkin berbaur kesat dan berlawanan dengan gerak hati.

“Kami sedar siapa orang di sekeliling kami, adakalanya mereka terdiri daripada orang Melayu yang konservatif yang mana merupakan peminat ayah kami. Mereka bukan masalah pun.

“Tetapi pandangan moral itu. Saya tidak menilai sesiapa berdasarkan apa yang mereka percaya atau siapa mereka. Tetapi bukankah lebih elok kalau kalian ada rasa hormat terhadap orang lain,” tambahnya.

Kata Ixora lagi, dia bagaimanapun masih menghargai komen jujur dan niat murni segelintir netizen terhadap keluarganya: “Kami cuma mahukan sedikit ruang untuk kami ekspresikan diri kami secara bebas tanpa ada penilaian daripada sesiapa.

“Kalau kalian tak suka apa yang kalian lihat, terpulanglah. Bagi yang sentiasa berfikiran terbuka dan jujur kepada adik saya, terima kasih banyak-banyak,” katanya.

Terdahulu Kasih tampil menjawab pertanyaan netizen akan tindakannya yang sentiasa berTikTok kebanyakan masa: “Berhenti jadi Tuhan macam awak dah khatam dosa sendiri. Ada buat sistem pemarkahan sendirikah?

“TikTok – 100 markah, middle finger – 200 markah? Awak? Dosa awak? Ke awak nak sibuk pasal dosa saya sebab awak rasa ini kewajipan awak?” balasnya di Twitter sebelum ia dinyahaktifkan pada Jumaat.

www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker