Kluster Tawar kembali mengganas, 5 kes baru
Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan lima kes baharu kluster Tawar hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kes dalam kluster itu sebanyak 70.
“Kelima-lima kes baharu ini melibatkan pelajar sebuah sekolah rendah di Kedah.
“Mereka dikenalpasti melalui pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat kes positif kluster ini,” katanya pada sidang media hari ini. FMT
You must be logged in to post a comment.