Pernah Tular Cari Jodoh Guna ‘Billboard’, Lelaki Dari Terengganu Ini Bakal Berkahwin Tidak Lama Lagi
Masih ingatkah anda dengan kisah Nooraziro Abdullah atau lebih mesra dikenali sebagai Aziro dari Terengganu yang tular kerana menggantung poster mencari jodoh pada awal tahun ini?
Kini selepas beberapa bulan kisahnya mencari jodoh menggunakan iklan di tepi jalan itu berjaya menemukan beliau dengan beberapa wanita pada Januari lalu, Nooraziro akhirnya dilaporkan akan berkahwin dengan gadis pilihannya tidak lama lagi.
Walaupun tidak dinyatakan dengan terperinci sama ada gadis tersebut ditemui selepas kisahnya tular, namun beliau dilaporkan akan berkahwin dengan gadis pilihannya Suhaibah atau Ibah dari Kuantan Pahang.
Bercerita mengenai bakal isterinya, Aziro memberitahu dia mula berkawan dengan wanita itu yang bekerja sebagai peniaga nasi ayam pada akhir Januari lalu- sekitar tarikh kisahnya mula tular sebelum ini.
Sudah bersedia
Majlis perkahwinannya itu menurut Aziro akan berlangsung pada 10 Oktober ini di rumah pengantin perempuan dengan majlis menyambut menantu pula akan diadakan di rumahnya tidak lama selepas itu.
“Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya sekarang, cemas, berdebar dan gugup apabila tarikh perkahwinan semakin dekat.
“Bimbang juga gagal menjawab akad nikah nanti, maklumlah kisah saya mencari jodoh tular di media sosial, justeru pasti ramai yang akan hadir pada majlis dan ia bakal menjadi perhatian orang.
Malah beliau bukan sahaja bersedia dengan persiapan majlis yang bakal berlangsung tidak lama lagi tetapi beliau juga berkata sudah berlatih melafazkan akad nikah ketika ini.
“Walaupun akan berkahwin dua bulan lagi, namun sekarang saya sudah berlatih menjawab akad nikah.
“”Biarpun cara menjawab akad nikah itu ringkas dan senang dihafal tetapi jika sedang berdebar semuanya boleh lupa,” katanya menjelaskan perkara itu kepada Harian Metro. Vocket
You must be logged in to post a comment.