Khairuddin negatif ujian Covid-19 selepas balik Turki

Selepas kecoh tentang dakwaan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 kerana tidak melakukan kuarantin selepas pulang dari luar negara, ujian terhadapnya didapati negatif.

Memetik laporan Harian Metro, ujian itu diambil beliau sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7 Julai lalu.

Dalam laporan itu, ujian terhadap Mohd Khairuddin berjalan selama lima jam.

“Beliau ke sana pada 3 Julai lalu selepas mendapat keizinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malah Turki ketika itu adalah sebuah negara dikategorikan sebagai zon hijau.



“Isu ini akan dijawab oleh pihak menteri sendiri dalam masa terdekat,” katanya.

Semalam, bekas Menteri Perindustrian Utama, Teresa Kok mendakwa Mohd Khairuddin tidak menjalani kuarantin diri sendiri selepas pulang dari luar negara.

Teresa berkata, Mohd Khairuddin ada berkunjung ke Turki pada awal Julai dan tidak melakukan kuarantin diri di rumah.

“Menteri Perusahan Perladangan dan Komoditi pergi ke Turki pada 3 hingga 7 Julai tetapi pada 13 haribulan dia datang ke Parlimen.



“Kita tahu semua orang yang berkunjung ke luar negara harus dikuarantin selama 14 hari (selepas pulang). Sekarang ni ada menteri kabinet tak ikut (peraturan yang ditetapkan),” dedah Teresa semalam. – MalaysiaGazette

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker