AZMIN : TUNJUK WAJAHMU YANG SEBENAR
Menurut Zuraida, kumpulan Azmin akan menyertai PPBM secara sah pada 22 Ogos ini.
Baru sekarang Azmin berani menunjukkan wajahnya yang sebenar
Itu bermakna PPBM akan ada dua Menteri Kanan.
Di zaman PH, kumpulan Azmin yang tidak sehaluan dengan partinya dapat 4 jawatan Menteri. Manakala yang pro Anwar cuma dapat 3 jawatan Menteri.
Di zaman PN, Azmin semakin untung kerana dilantik Menteri Kanan walaupun tidak berparti.
Azmin nampaknya sentiasa untung bila wajahnya tidak jelas.
Tetapi apabila menyertai PPBM barulah wajah Azmin nampak jelas. Cuma bila wajah sudah jelas, bolehkah Azmin menang lagi di Gombak?
Setelah menyertai PPBM, bukan mudah bagi Azmin dan kumpulannya meraih sokongan solid orang Cina seperti di PRU ke 13 dan 14.
Bila masuk PPBM, bermakna Azmin akan masuk MN. Ikutlah peribahasa, “masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak.
Jangan nak mengaum pula macam harimau.
Rakyat nampak wajah sebenar Azmin. Ketua Polis Negara sahaja yang kata wajah Azmin masih kabur.
Dr Puad Zarkashi
You must be logged in to post a comment.