Virus COVID-19 dikesan pada bungkusan makanan sejuk beku di China

Virus COVID-19 dikesan pada bungkusan makanan laut beku yang diimport di bandar pelabuhan timur China, Yantai.

Pihak berkuasa mengesahkan perkara itu pada Selasa, ketika kerajaan China meningkatkan pemantauan ke atas pemprosesan makanan beku sebagai tindak balas susulan penularan wabak itu di kawasan perindustrian di ibu Beijing dan Dalian.

Pegawai kesihatan Yantai mengatakan bungkusan makanan laut yang terjejas itu datang dalam satu dagangan dari sebuah kapal asing yang memasuki negara tersebut melalui pelabuhan Dalian.

Kes terbaharu dikesan di Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Yantai di wilayah Shandong pada Ahad semasa ujian secara rawak terhadap pekerja bahagian makanan dan pemprosesan sejuk beku, menurut laporan Dazhong Daily.



Setakat ini tiada kontak rapat kumpulan pekerja itu yang diuji positif tetapi mereka sudah diletakkan dalam kuarantin.
Awani

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker