TMJ jangan campuri hal ehwal politik, kata Khairuddin
Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim diingatkan agar tidak mencampuri hal ehwal politik negara termasuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang berbaur politik dan bertentangan dengan Perlembagaan negara.
Bekas Penyelaras Pakatan Harapan (PH) Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menasihatkan Tunku Ismail agar belajar menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagaimana rakyat dan semua pihak menghormati Sistem Raja Berperlembagaan di negara ini.
“Saya harap TMJ harus belajar dan berdisiplin untuk tidak mencampuri hal ehwal politik negara! Adalah sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan negara untuk beliau mencampuri mengenai isu-isu politik!
“Takkan TMJ tak faham Perlembagaan! Sungguh tidak tepat serta tidak molek untuk TMJ berterusan membuat kenyataan-kenyataan yang berbaur politik!
“Untuk pengetahuan TMJ, apa yang kami sedang usahakan ini adalah untuk kestabilan politik negara seterusnya membina Malaysia baharu demi kesejahteraan masa depan negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Tunku Ismail melalui laman Instagram miliknya, Tengku Ismail berkata, di saat negara ketika ini memerlukan kestabilan untuk memperbaiki ekonomi bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat, terdapat pula kumpulan yang gilakan kuasa.
Meskipun tidak memetik secara jelas nama mana-mana pihak, tetapi perkara itu dituju kepada bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang baru sahaja mengumumkan penubuhan parti barunya.
“Rakyat tengah susah. Negara perlukan kestabilan untuk memperbaiki ekonomi supaya dapat membantu dan boleh mengurangkan beban rakyat.
“Semua dah kaya raya tetapi masih gila kuasa. Ada juga aku ‘backhand’ seorang-seorang,” katanya.
Dalam pada itu, Khairuddin juga mengingatkan Tunku Ismail bahawa apa yang sedang dilakukan pihaknya bersama Dr Mahathir melalui penubuhan parti baharunya itu untuk melawan semula unsur-unsur kleptokrasi yang sedang kembali dalam senario politik mutakhir tanah air.
“Budaya kleptokrasi wajib ditentang secara total dan tidak boleh dibiar untuk berakar semula! Jika ini berlaku semula keseluruhan institusi kenegaraan akan runtuh!
“Perjuangan kami adalah untuk menentang apa saja bentuk salah laku yang dilakukan tak kira oleh sesiapa pun! Sesiapa pun tak perlu ajar kami dalam hal ehwal politik! Sesungguhnya, kami adalah para pejuang tulen yang ingin selamatkan negara kita yang tercinta ini,” katanya.
Sementara itu, Majlis Raja-Raja Melayu harus menegur sikap Tunku Ismail yang sering kali suka membuat kenyataan-kenyataan politik dan secara tidak langsung mencampuri bidang yang tidak sepatutnya dicampuri pihak istana.
“Apa pun komen TMJ pada realitinya tidak terkesan langsung pada kami! Insya-Allah dengan izin Allah SWT kami akan teruskan perjuangan untuk menegakkan kebenaran demi masa depan bangsa serta negara,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Bukan Buat utk Rakyat… Tapi utk diri sendiri… Sudah Lah… Bagus Lah klu sultan johor TMJ dh ckp mcm Itu…. Saya sokong… Ni semua mengarut…
Betul Kata TMJ….
Patutnya kita kena fikir utk negara…
Ni Yg Ada Gila kuasa… Cukup lah Yg Ada..
Rakyat sudah selesa dgn perentahan yg ada Sekrng…. Sukur pada Allah…
aku terus sokong TMJ, beliau bukan campur tangan hal ehwal politik tapi sekadar memberi peringatan kepada rakyat khusus kepada bangsanya sendiri bahawa kita sudah cukup dipecah-belah tanpa menginsafi & menyedari diri kita terus diperbodoh oleh mahathir
‘kleptokrasi’ digunakan sebagai modal murahan & ‘smokescreen’ kepada rakyat(terutama kepada Orang Melayu & Bumiputera) supaya tidak dapat melihat amalan kronisme & nepotisme telah, sedang & akan terus dilakukan oleh mahathir & kuncu2nya lebih2 lagi jika mereka diberi lagi kuasa menjadi kerajaan
memetik kata2 Raja Petra Kamarudin dalam MT, nawaitu penubuhan parti baru mahathir adalah kerana & untuk survival ‘boboi'(mukhriz), atau lebih tepat lagi untuk kesinambungan legasi mahathir…selain anak2(yang sudah cukup kaya tapi mahu kaya lagi), cucu2 mahathir juga perlu diperkayakan juga setaraf atau lebih kaya lagi dari anak2 mahathir, ini belum masuk lagi kroni2 kepada anak serta cucu mahathir
selain kadir jasin, kuncu2 mahathir yang lain seperti si khairuddin abu hassan akan turut sama menerima tempias kekayaan walaupun tidak seberapa dia dapat buat masa sekarang…kesetiaan kepada mahathir tidak pernah pudar kerana janji mahathir kepadanya untuk menambah kekayaan telah terjamin dengan kesetiaan yang ditunjukkan
bagi musibat seperti mahathir & kuncu2nya, mereka tidak kisah pun Orang Melayu & Bumiputera yang susah tidak mendapat bantuan bila sekutu mereka iaitu dap memberhentikan segala bentuk bantuan semasa pakatan hancing(ph) menjadi kerajaan…musibat2 ini senyap tidak bersuara yang memberi maksud mereka menyokong apa dilakukan oleh kerajaan pakatan hancing(ph) yang didominasi oleh dap malah mahathir sendiri terus memperlekeh berkata Orang Melayu malas menjadi penyebab kepada kesusahan yang dihadapi
apa yang penting bagi musibat seperti mahathir ini, sokongan membuta tuli(dengan tidak mempeduli nasib Orang Melayu & Bumiputera yang susah) yang diberikan kepada kerajaan didominasi oleh dap ini telah mendapat hasil & balasan seperti yang diharapkan oleh mahathir…kontrak NFCP kerajaan bernilai puluhan bilion ringgit telah diberikan kepada syarikat Opcom dimana boboi(mukhriz) bersama isterinya, mirzan & mokhzani mempunyai pegangan saham & memegang jawatan dalam syarikat Opcom ini
dikatakan mokhzani telah melepaskan jawatan dalam Opcom 2 bulan sebelum kerajaan umumkan kontrak NFCP itu, ini kononnya untuk memberi gambaran tidak berlaku conflict of interest atau memberi & meraih sebarang keuntungan kepada adik2nya serta kepada diri sendiri(mokhzani) dari pengumuman kerajaan tentang kontrak NFCP itu tapi saham Opcom yang naik mendadak selepas pengumuman NFCP itu siapa yang mendapat keuntungan?
selepas pengumuman kontrak NFCP bernilai RM21.6 bilion itu dari kerajaan & selepas saham Opcom naik mendadak, boboi(mukhriz) telah menjual sahamnya(Opcom) dalam 3 urusniaga berasingan…cuba tanya pada mana2 broker saham sama ada luarbiasa atau tidak kenaikkan mendadak saham Opcom itu?
kata SKMM(semasa ph menjadi kerajaan), Opcom kononnya bukan penerima manfaat terbesar bila mendapat/meraih projek NFCP bernilai puluhan bilion ringgit itu tapi kenapa hanya saham Opcom sahaja yang naik mendadak? rakyat bodoh mana agaknya yang percaya kata2 gobind singh deo yang menjadi menteri menjaga SKMM pada masa itu?
bila terdedah boboi(mukhriz) menyamun 1,000 hektar tanah konsesi balak di Sarawak pada 1994, boboi jawab dia “hanya tolong kawan & itu cerita lama, dah lupa” katanya…sama macam skandal Forex dahulu bila negara kehilangan/kerugian lebih RM30 bilion melibatkan mahathir…bapak segala penyamun bernama mahathir ini kata “tak ingat, tak tahu, tak siapa beritahu”
Kau pun menipu degree kau..khairudin
APA ADA PADA SIJIL..? HANYA SEKADAR TULISAN SAJA TIDAK BAWA MATI PUN.RAMAI YG ADA SIJIL PHD BAGAI PUN ADA YG XDA KERJA..XPAYAH BANGGA SGT DGN SIJIL..
..