Mahathir tubuh parti baharu tapi belum ada kelulusan lagi
BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan parti baharu hari ini.
Dr Mahathir berkata, parti baru ini akan mendokong dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) seperti mana di awal penubuhannya dulu.
“Bukan niat kami nak banyak sangat parti politik Melayu. Sudah ada Umno Pas dan Bersatu.
“Parti ini ditubuhkan atas semangat Melayu dan akan bersifat inklusif dan moderat, berpegang pada janji, ikhlas dan berprinsip,” katanya.
Pengumuman berkenaan dibuat pada satu sidang media di Yayasan Al Bukhary di Kuala Lumpur, hari ini.
Hadir sama Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Ir Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Sri Gading Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.
Mei lalu, Dr Mahathir Mohamad bersama empat lagi digugurkan keahlian mereka daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Mereka yang lain ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Ir Amiruddin Hamzah.
Keahlian kelima-lima mereka digugurkan atas alasan duduk di bangku pembangkang ketika persidangan pembukaan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu. HM
You must be logged in to post a comment.