Letupan di Beirut, Lubnan, disifatkan terkuat dalam dekad ini [Video]
“Apa yang saya rasa adalah seperti gempa bumi, ” menurut saksi Rania Masri, dipetik dari CNN.
“Pangsapuri ini bergegar secara melintang dan tiba-tiba rasanya seperti letupan dan tingkap serta pintu terbuka. Cermin pecah. Begitu banyak rumah telah rosak atau musnah,” katanya lagi.
Letupan yang dahsyat berlaku di Beirut, ibu kota Lubnan, pada hari Selasa, Ogos 4, 2020 waktu tempatan. Letupan yang kuat telah memusnahkan tingkap dan pintu dalam bangunan disekitar 10 kilometer radius dari pusat letupan.
Media tempatan melaporkan, letupan menghancurkan tingkap kaca dan pintu di bangunan lain di bandar ini termasuk ibu pejabat bekas Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri.
Letupan tersebut juga dipercayai menyebabkan kecederaan kepada anak perempuan, isteri dan Pembantu kepada bekas Perdana Menteri Lubnan Saad Hariri. Ketiga-tiga mereka mengalami cedera ringan dan telah menerima rawatan perubatan.
Sementara itu laporan lain menyebut, letupan itu menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang terkorban, dan beratus-ratus yang lain mengalami kecederaan. Menurut saksi, cermin kenderaan yang berada di dalam lingkungan radius 10 kilometer dari pusat letupan turut mengalami kerosakan dan terbalik.
Sementara itu laman berita telegraf melaporkan letupan besar dipercayai berpunca dari kilang mercun di sekitar Pelabuhan di Beirut. Letupan berlaku pada hari Selasa 4 Ogos 2020, jam 6 petang waktu tempatan.
Letupan kuat di Beirut dipercayai berpunca dari kilang mercun