Lelaki 39 tahun miliki 32 ijazah
“Belajar walau hingga ke negara China. Ilmu itu penting untuk kelangsungan hidup. Proses belajar tidak pernah berhenti malah sehingga ke akhir hayat”.
Itulah pepatah yang sering kita dengar dalam ucapan atau ceramah sesiapa sahaja dalam memberi semangat kepada semua golongan.
Ia sekaligus membuktikan ilmu itu penting tidak kira walau dalam apa jua keadaan.
Ia termasuklah bagi seorang lelaki dari Indonesia apabila menjadikan masuk ke universiti sebagai satu hobinya.
Malah sehingga kini dia sudah memiliki 32 sijil ijazah sarjana muda meskipun baru berusia 39 tahun.
Pelik tapi menakjubkan. Itulah yang dilakukan Welin Kusuma yang menemui minat dalam menimba ilmu sejak berusia 18 tahun.
Ijazah pertama yang diambil dalam bidang Kejuruteraan Perindustrian ataupun Industrial Engineering, sebelum meneruskan dengan 31 ijazah dan sijil dalam bidang lain.
Kelayakan beliau merangkumi antara 11 ijazah Sarjana Muda, 3 ijazah Sarjana dan 18 sijil profesional.
Pencapaian akademiknya yang menakjubkan mendapat reputasi yang baik dan membuat semua tercengang dengan disiplinnya.
Tertanya juga berapa banyak masa yang diluangkan oleh Welin demi pelajaran.
Dalam satu temu bual, dia menyatakan pergi ke universiti sudah menjadi satu hobi baginya dan dia sangat suka belajar.
Malah dia turut yakin pengetahuan yang diperolehi amat berguna baginya. FMT
You must be logged in to post a comment.