Sabah bukan dalam Malaysia, duta Filipina akan dipanggil Wisma Putra
Duta Filipina akan dipanggil selepas tweet berkait Sabah, kata Hishammuddin
Kementerian Luar akan memanggil Duta Filipina ke Malaysia untuk menjelaskan catatan Setiausaha Luarnya, Teodoro Locsin Jr di Twitter yang mendakwa “Sabah is not in Malaysia”.
“Ini kenyataan tidak bertanggungjawab yang menjejaskan hubungan dua hala,” tulis Menteri Luar, Hishammuddin Hussein di Twitternya malam tadi.
“Wisma Putra akan memanggil duta Filipina pada Isnin untuk menjelaskannya. Sabah masih dan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada Malaysia.”
Pada Rabu, Kedutaan Amerika Syarikat di Manila menulis di Twitter yang sumbangan 500 kit kebersihan diri oleh agensi bantuan AS “untuk kegunaan rakyat Filipina yang dihantar pulang dari Sabah, Malaysia”.
Locsin menjawabnya dengan menulis di Twitter: “Sabah bukan sebahagian daripada Malaysia, jika anda mahu mengaitkannya dengan Filipina”.
Locsin turut mengesahkan semula dakwaan Manila ke atas Sabah dalam satu taklimat bajet kongres tahun lalu dengan berkata, tuntutan 5 dekad itu dimulakan di bawah pentadbiran mendiang Presiden Diosdado Macapagal dan diteruskan Macapagal serta bapanya, Teodoro Locsin Sr.
Putrajaya dilaporkan berkata, ia tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan ke atas Sabah oleh mana-mana pihak. FMT
You must be logged in to post a comment.