Umno Tidak Pernah Keluarkan Arahan Berhimpun Di Mahkamah Kelmarin

Kenyataan Setiausaha Agong UMNO di sini jelas menegaskan bahawa UMNO tidak pernah menganjurkan mahupun mengeluarkan sebarang arahan atau kerahan

bagi tujuan berhimpun di luar perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur kelmarin.

Selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia juga saya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan untuk pemuda-pemuda turun berhimpun.

Kehadiran saya ke Mahkamah kelmarin juga dengan Pas Masuk Khas untuk mendengar keputusan Hakim di dalam Kamar Mahkamah Tinggi sebagai tanda

setiakawan dan memberikan sokongan moral kepada bekas pemimpin UMNO dan Negara yang banyak jasanya kepada diri saya, parti dan Negara iaitu Datuk Seri

Najib Razak.

Kebanyakan yang hadir kelmarin atas dasar sukarela.

Sempat saya menyapa seorang Ibu tunggal dari Kedah yang hadir bersama dua anak lelakinya.

Bila ditanya kenapa hadir, beliau dengan semangat menjawab,

“Akak datang untuk nyatakan sokong kepada Bossku yang banyak jasa kepada negara sehingga dua anak saya dapat masuk ke universiti dan politeknik dengan

pelbagai bantuan kewangan termasuk BR1M.”

Asyraf Wajdi Dusuki

Perhitungan yang adil di akhirat – Najib Tun Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker