Najib seorang pejuang tanpa suara nyaring – Nik Abduh

Mereka bertanya saya perihal Datuk Seri Najib bin Abdul Razak semalam.

Saya berkata,

Teruskan perjuangan Datuk Seri Najib.

Keputusan semalam adalah satu daripada dua laluan di hadapan yang sudah dijangka sejak awal perjuangan.



Perjuangan tunjang kehidupan. Ia menghalang kematian bahkan kepupusan manusia di bumi.

Manusia berjuang demi kekayaan. Ia baik.

Manusia berjuang demi kuasa. Ia baik.

Manusia berjuang demi nyawa. Ia amat baik.



Tetapi, perjuangan terbaik adalah demi kebenaran. Demi menegakkan al haq.

Itulah bendera perjuangan DSNR hari ini. Tiada yang lebih baik daripada niat dan jihad ke arah itu.

( ولكن جهاد ونية – الحديث )

Saya tidak tahu siapa yang benar. Mana satu yang batil. Tetapi saya amat tahu bahawa Allah memegang dan memiliki kebenaran itu. Dia pasti mempertahankan hamba-Nya yang benar dan berjuang deminya.



Antara yang hebat dalam perjuangan Datuk Seri Najib bin Abdul Razak adalah perjuangannya tanpa suara nyaring. Menulis dengan gigih. Ucapannya yang tenang. Turun kepada rakyat dengan senyum, lambai dan salam-salaman. Ia membantu meredakan ketegangan pada era peralihan kuasa daripada BN kepada PH.

Tiba-tiba PH jatuh sendiri sebelum baligh. Beruk di hutan tidak kalah dek angin ribut. Tetapi angin sepoi-sepoi bahasa cukup menjatuhkan beruk ke sungai.

Datuk Seri Najib di sebalik segala pertuduhan berat ke atasnya adalah seorang lelaki pejuang.

Saya hormatinya.



NIK MOHAMAD ABDUH

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker