Jangan berlagak, kalau makan sagu dari pecahan ruyung orang..

 

Dari awal Najib Razak dihadapkan ke Mahkamah, beliau telah memaklumkan bahawa perjuangannya ini adalah perjuangan individu dan bukannya perjuangan UMNO. Beliau rela berjuang sendirian mencari keadilan bagi pihak dirinya di mahkamah tanpa melibatkan atau mengheret UMNO.

Oleh yang demikan ahli UMNO khususnya mantat Ketua Pemuda tak perlu gelabah bagaikan babi tak bertuan menyondol tak tentu arah bila mengeluarkan komen. Jagalah hati dan perasaan orang lain.



Tak perlulah kita ungkit betapa gagalnya KPI beliau sebagai KP UMNO dan Menteri Belia & Sukan dalam menarik anak muda @ belia menyokong kerajaan dalam PRU14. I

tu belum masuk perkara-perkara lain lagi kalau nak ungkit satu persatu sampai bila pun tak selesai.

Kita juga masih ingat siapa yang kuat menentang semasa UMNO dan PAS ingin bersatu mewujudkan kerjasama politik sehingga terbentuknya MN.

Hasilnya 6 PRK menang bergaya.



Apa dibuat selama menjadi pembangkang selain dari keluar minum dengan rafizi dan nurul izzah..

Najib Razak siang malam berjuang menarik perhatian rakyat dengan membongkarkan pelbagai isu penyelewengan PH, turun berkempen mendekati rakyat, menggunakan FB beliau mengetengahkan fakta – fakta yang gagal disangkal oleh PH sehinggakan rakyat ragu dan bangun melawan PH.

Akhirnya PH tumbang dan apa yang terjadi dah sedia maklum dalam lipatan sejarah.

Semua orang yang celik maklum kekuatan rakyat yang bangun pada hari ini tidak lain adalah kerana jasa Najib Razak..



Jangan lupa sagu yang di kelahap hari ini adalah dari pecahan ruyong dari tangan orang lain. kalau tak malu pun tunjukanlah rasa hormat sikit.

Jangan sombong dan angkuh, masing – masing ada giliran untuk diuji tapi tengok imanlah.. Kalau iman cap ayam bagi %^&% pun kantoi.

 

Yeop Karai



 

 

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker