Singapura mula uji vaksin Covid-19 minggu ini
Ujian percubaan vaksin koronavirus (Covid-19) terhadap manusia dijangka dimulakan di Singapura seawal minggu ini.
Percubaan itu akan melibatkan 108 sukarelawan sihat daripada pelbagai peringkat usia di Singapura yang akan disuntik dengan vaksin yang dikembangkan oleh Sekolah Perubatan Duke-NUS dan syarikat farmasi Amerika Syarikat (AS), Arcturus Therapeutics.
Vaksin yang dipanggil Lunar-Cov19 itu adalah salah satu daripada 25 calon vaksin di seluruh dunia yang sama ada telah diuji pada manusia atau telah mendapat persetujuan untuk melakukannya.
Timbalan Pengarah Program Penyakit Berjangkit di Sekolah Perubatan Duke-NUS, Profesor Ooi Eng Eong berkata, tujuan percubaan itu adalah untuk menentukan keselamatan vaksin dan menguji keberkesanan memperlahankan tindak balas imun yang diinginkan dalam tubuh terhadap Sars-Cov-2, virus yang menyebabkan Covid-19.
“Kajian awal terhadap haiwan telah menunjukkan bahawa vaksin Lunar-Cov19 selamat dan tidak mempunyai kesan sampingan.
“Data tersebut berjaya mendapatkan persetujuan untuk menjalankan ujian klinikal lebih awal berbanding jadual asal pada September, menjadi percubaan terhadap manusia yang pertama di Singapura,” katanya.
Percubaan klinikal itu akan dilakukan di Unit Perubatan Penyelidikan SingHealth yang terletak di Hospital Umum Singapura. – Agensi
You must be logged in to post a comment.