Guan Eng dan Pesanan MAK

Mak selalu pesan, kalau kita gagal mendapat apa yang kita nak, jgn mudah kecewa. Jika Allah tak makbulkan impian kita ketika itu, mungkin ada yang lbh besar yang Allah nak berikan kpd kita.

Kata2 mak itu banyak terbukti benarnya.

Waktu periksa SRP tahun 1987 saya gagal dpt keputusan yg baik. Mak kata sabarlah Kadir….mungkin Allah nak berikan yg lbh baik kpd kamu dalam SPM nanti. Ternyata kata mak benar2. Saya dpt keputusan cemerlang dalam SPM.

Waktu mengaji di universiti, saya berkenalan dengan Milah. Dipendekkan cerita , tiada jodoh antara kami. Saya bersedih, mak kata lagi, sabarlah Kadir….jika kau gagal dpt Milah mungkin Allah nak berikan yg lebih baik untuk kamu. Sekali lagi ternyata kata2 emak benar. Saya bertemu dengan Nisah. Jauh lebih cantik dan lebih baik dari Milah.

Waktu kerja, saya di Sarawak. Saya mahu balik kerja di negeri saya. Saya sering gagal dalam permohonan Tukar Suka Sama Suka. Saya mahu balik ke negeri kelahiran supaya dekat dengan mak. Emak kata lagi, sabarlah Kadir…kau jangan kecewa.

Mungkin Allah nak beri yang lebih baik lagi kepada kau. Ternyata kata2 mak benar. Saya bukan ditukarkan ke negeri saya. Tapi ditukarkan ke daerah kelahiran saya dekat dengan rumah mak. Saya juga dinaikkan pangkat lbh besar.

Kini mak telah tiada lagi….tapi kata2 mak sentiasa saya pegang. Jika kita gagal atau terlepas sesuatu jgn mudah kecewa kerana Allah nak berikan yg lebih besar.

Hari ini apabila melihat Lim Guan Eng, saya teringatkan pesanan mak.

Guan Eng terlepas kes rasuah banglo. Rupanya yang lebih besar sedang menanti di depan. Cahaya nun di hujung terowong sudah pun kelihatan.

Terima kasih mak atas pesanan mu yang sentiasa segar dan mekar dalam diriku

RBF

Related Articles

One Comment

  1. Mak tak pesan ke suruh jaga diri dari azab api neraka, jangan kita sibuk jaga hal orang lain yang takde kena mengena dengan kita. Mungkin mak lupa nak pesan yang Allah minta kita berpesan2 kepada kebaikan bukannya yang berpesan2 supaya orang menjadi lebih membenci dengan kepada orang lain yang kita tak suka padanya, dengan menceritakan buruknya orang lain, agar mendapat hasil darinya. Serta bawa pulang hasil itu untuk keluarga. Ingat wahai penulis kebencian. Lebih baik ko menulis apa yang sedang melanda dunia untuk memberikan kesedaran darinya dan orang banyak. Dengan kesedarang yang ko cetuskan akan membawa seseorang itu kepada taubat, itu lebih baik untuk mu.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker