Salah tak nafi bakal tinggalkan Liverpool

MOHAMED Salah memberi bayangan bahawa dia mungkin akan meninggalkan Liverpool satu hari nanti selepas memenangi Liga Perdana Inggeris.

Bintang Mesir itu berkata, ketika ini dia hanya mahu memberi fokus sepenuhnya menikmati kejayaan memenangi kejuaraan liga.

Pemain berusia 28 tahun itu sudah meledak 19 gol daripada 33 perlawanan musim ini dan menjadi watak penting kepada kejayaan Reds.

Ditanya berhubung masa depannya ketika ditemuramah bersama LA FM Colombia, dia berkata biarlah masa yang akan menentukannya.

“Saya hanya menikmati kejayaan ini. Tiada siapa tahu mengenai masa depan dan apakah yang akan berlaku.

“Tapi ketika ini kami sudah memenangi Liga Juara-Juara dan Liga Perdana. Saya sangat gembira.

“Sama-sama kita saksikan apakah yang akan berlaku pada masa depan. Tapi yang pasti saya gembira dapat memenangi kesemua trofi,” katanya.

Salah sudah memenangi anugerah Kasut Emas di Liga Perdana sejak dua musim lalu namun dilihat sukar mempertahankannya pada musim ini apabila menduduki tempat keempat penjaring terbanyak. HM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker