COVID-19: Korea Utara lapor kes pertama, pesakit bakal dikenakan hukuman
Korea Utara umum kes pertama COVID-19 di negara itu.
Mangsa pertama COVID-19 dari negara itu dipercayai melintasi sempadan dari Korea Selatan secara haram pada bulan ini.
Menurut laporan media antarabangsa, mangsa merupakan seorang pelarian yang telah lari ke Korea Selatan tiga tahun lalu dan kembali ke negara asal.
“Kejadian tersebut berlaku di kota Kaesong di mana pelarian yang pergi ke Korea Selatan tiga tahun lalu disyaki dijangkiti koronavirus telah kembali pada 19 Julai lalu secara haram,” lapor media KCNA.
Mangsa dilapor sedang dikuarantin.
Pihak berkuasa dalam pada itu cuba mengesan mereka yang pernah berhubung dengan mangsa.
Susulan pengumuman itu, presiden Korea Utara, Kim Jong Un mengadakan mesyuarat politburo tergempar.
Pengisytiharan darurat dikeluarkan dan siasatan ke atas unit tentera di sepanjang sempadan dilaksanakan serentak dengan penutupan sempadan Kaesong.
Kim juga meminta agar pelarian tersebut dikenakan hukuman berat.
Terdahulu, pihak berkuasa Korea Utara tidak pernah melaporkan sebarang rekod jangkitan COVID-19.
Kes ini merupakan yang pertama dilaporkan kepada media. Awani
You must be logged in to post a comment.