Demi Penjarakan Sosial, Guru ‘Bertukang’ Sendiri Hasilkan 80 Meja Kayu Untuk Murid Sekolah
Pelaksanaan norma baru selepas COVID-19 di sekolah seperti penjarakan sosial di dalam kelas sudah pastiya memerlukan perubahan perlu dilakukan oleh pihak sekolah.
Antaranya ialah mengurangkan jumlah pelajar dalam kelas untuk sesuatu masa dan ada juga yang perlu menambah bilangan meja dan kerusi bagi memastikan penjarakan sosial dapat dilakukan.
Sudah semestinya, amalan penjarakan sosial ini memberikan sedikit cabaran buat sekolah yang tidak mempunyai fasiliti meja dan kerusi yang cukup untuk tujuan tersebut.
Bagaimanapun, cabaran tersebut berjaya ditangani dengan baik oleh sekumpulan guru dari salah sebuah sekolah ini apabila mereka bekerjasama menghasilkan sendiri meja kayu untuk pelajar mereka seperti dikongsikan @Suryadi di Twitter ini.
Menurut beliau, penghasilan meja kayu sebanyak 80 unit itu dilakukan kerana bilangan meja yang tidak mencukupi kerana perlu melakukan penjarakan sosial dalam kelas.
Justeru itu, mereka para guru bersama pekerja-pekerja pembersihan sekolah mengambil inisiatif untuk ‘bertukang’ sendiri bagi menyiapkan meja-meja tersebut.
“Projek ini kami buat bersama abang-abang pekerja pembersihan sekolah (tiada dalam gambar).
“Mereka lagi pakar dan gigih nak siapkan sebelum 22 julai nanti,” kongsinya di Twitter.
Inisiatif yang dilakukan sendiri oleh para guru dan pihak sekolah itu mula mendapat perhatian netizen selepas ia dikongsikan di media sosial.
Bukan sahaja mendapat lebih daripada 10,000 retweet, malah sebilangan besar netizen turut memuji usaha yang dilakukan mereka.
Walaupun tugas hakiki mereka sebagai seorang guru hanya untuk mengajar dan mendidik anak bangsa, namun apa yang dilakukan oleh para guru ini adalah sesuatu yang luar biasa.
Demi memastikan penjarakan sosial dapat diamalkan oleh pelajar, mereka bertungkus lumus untuk menyiapkan bukan sedikit tetapi 80 unit meja kayu yang sudah semestinya memerlukan masa dan usaha keras untuk menyiapkannya. Vocket
You must be logged in to post a comment.