‘Saya kasi hentam sampai lunyai’

GOMBAK: “Saya nampak awak satu kali saya kasi hentam (pukul) sampai lunyai.” Itu kata ugutan seorang lelaki selepas dia mengamuk dan menyerang rakan jirannya kerana tidak berpuas hati mangsa meletakkan kereta di kawasan kediamannya di Taman Selayang Jaya, Batu Caves, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa lelaki berusia 26 tahun itu pergi ke rumah rakannya dan meletakkan kereta di hadapan rumah rakannya itu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, tiba-tiba suspek berusia 41 tahun bekerja sebagai peniaga datang dan memarahi mangsa kerana pagar rumahnya tidak dapat dibuka selepas mangsa meletakkan kereta di kawasan terbabit.

Menurutnya, suspek menumbuk mukanya dan mengugut mangsa menyebabkan dia mengalami kecederaan bengkak di bahagian hidung dan pipi kanan.

“Mangsa yang berasa takut dengan kejadian itu kemudian tampil membuat laporan polis.

“Susulan itu, suspek dikesan dan ditahan di Selayang Jaya jam 11.15 pagi ini dan akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. HM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker