Tony Pua Kekalkan ‘Kebodohan’ Dari Kerajaan Kepada Pembangkang

Tony Pua mengeluarkan kenyataan umum hari ini untuk menyeru kerajaan PN siasat bank terbesar dunia milik negara China kerana terlibat dalam pengubahan wang haram.

Tony Pua dakwa Industrial and Commercial Bank of China (ICBC) yang pendepatan tahunannya mencecah US$100 bilion (RM430 bilion) setahun telah menolong syarikat milik anak Perdana Menteri negara Kuwait untuk membayar RM2.7 bilion kepada kerajaan Malaysia untuk membeli sebidang tanah di Pulau Pinang milik 1MDB.

Tony Pua kata kerajaan Malaysia dibayar RM2.7 bilion “telah menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada pembayar cukai di Malaysia.”
(Ya, kerajaan dibayar (bukan membayar) tapi kerajaan pula yang rugi)

“DAP gesa k’jaan siasat bank China didakwa terlibat pengubahan wang haram”
https://www.malaysiakini.com/news/534841



Namun dia mengaku sepanjang tempoh 22 bulan, kerajaan PH dahulu tidak mempunyai bukti bahawa ICBC telah melakukan kesalahan tetapi artikel baru Sarawak Report merupakan bukti bagi kerajaan baru untuk menyiasat kejahatan kerajaan dibayar RM2.7 bilion oleh syarikat milik anak Perdana Menteri Kuwait.

Tony Pua kata dia syaki RM2.7 bilion itu berkait projek ECRL yang dia dakwa adalah terlalu mahal walaupun kerajaan PH sendiri telah mengakui bahawa tiada unsur “overpricing” untuk projek ECRL dan kesemua penjimatan adalah hasil skop projek diturunkan.

“Oleh itu, berdasarkan maklumat yang dinyatakan mengenai ECRL, GOM atau MRL tidak pernah mendakwa bahawa penjimatan sebanyak RM21.5 bilion bagi projek ECRL yang ditambahbaik adalah semata-mata daripada elemen “overpricing” seperti yang dicadangkan oleh kolumnis. Malah, ini bukan asas rundingan dengan PRC.”

“April 2019: Kenyataan Akhbar – MRL Perjelas Salah Faham Terhadap Projek ECRLYang Ditambahbaik”
http://www.mrl.com.my/my/kenyataan-akhbar-mrl-perjelas-salah-faham-terhadap-projek-ecrlyang-ditambahbaik/



Mana tak turun?

ECRL tak sampai ke Kuala Lumpur lagi (yang akan memberi impak besar kepada jumlah penumpang), tiada lagi pembinaan terowong dan jambatan merentasi banjaran Titiwangsa, skop baru PH memerlukan penumpang dan kargo menukar tren setengah jalan, jumlah stesen dikurangka, janjaran dipendekkan dan tidak lagi sampai ke negara Thailand.

zak

Sumber: FB Najib Razak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker