Jangan benarkan ahli politik bertanding di dua kerusi serentak – Masing
Masing: Tidak benarkan wakili dua kerusi, DUN dan Parlimen serentak
KUCHING: Jangan korbankan kualiti.
Itu pandangan Presiden PRS Tan Sri Dr James Jemut Masing mengenai perlunya kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen tidak diwakili oleh wakil rakyat yang sama.
Maksudnya, wakil rakyat terbabit perlu hanya mewakili satu kawasan dan bukannya kedua-duanya.
Kata Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri dengan mewakili dua kerusi serentak, kualiti perkhidmatan wakil rakyat terbabit akan terjejas.
“Kita tidak harus menggalakkan seseorang memegang jawatan Adun dan Ahli Parlimen serentak,” jelasnya.
Masing memberi reaksi sedemikian terhadap kenyataan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk tidak mengamalkan tindakan sedemikian bagi PBB.
Abang Johari dalam satu temu bual beberapa hari lalu berkata, perkara itu tidak akan diamalkan PBB di bawah kepemimpinannya.
“Ya, PRS juga akan menggunakan pendekatan sama,” kata Masing dengan tidak membenarkan Ahli Parlimen bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri.
Isu berkenaan kini tercetus ketika PRN-12 dan PRU-15 terus hangat diperkatakan rakyat di negara ini. SarawakVoice
You must be logged in to post a comment.