25 juta penduduk Iran dijangkiti Covid-19
Presiden Iran Hassan Rouhani berkata pada Sabtu, seramai 25 juta penduduk negara itu dijangkiti wabak Covid-19 dan 35 juta lagi berisiko untuk dijangkiti.
Rouhani berkata, angka itu berdasarkan laporan baru Kementerian Kesihatan, yang jauh lebih tinggi daripada jumlah rasmi Iran, iaitu 269,440 dijangkiti.
Rouhani dalam ucapannya di televisyen tidak menyanggah perbezaan itu.
Iran, dengan populasi lebih 80 juta menjadi negara Timur Tengah paling teruk terjejas akibat wabak itu.
“Anggaran kami kini 25 juta orang Iran dijangkiti virus ini dan sekitar 14,000 kehilangan nyawa,” katanyadalam ucapan itu.
“Ada kemungkinan antara 30 dan 35 juta orang lain berisiko. Secara keseluruhan, lebih 200,000 orang dirawat di hospital,” katanya.
Kementerian Kesihatan pada Jumaat berkata, 13,791 kematian dicatatkan akibat Covid-19. Bernama
You must be logged in to post a comment.