MP PKR Kangar bidas Mahathir, kamu ingat kerajaan PH macam kerajaan kamu
Anggota Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad membidas Dr Mahathir Mohamad selepas bekas perdana menteri itu mengeluarkan kenyataan bahawa isu peletakan jawatannya hanyalah formaliti dan bukan sebab utama kepada tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Pemimpin PKR itu mendakwa keadaan akan berbeza hari ini jika Mahathir tidak melepaskan jawatannya sebagai perdana menteri pada Februari lalu.
“Jika anda (Mahathir) panggil mesyuarat tergempar PH untuk beritahu dan bincang situasi sebenar ketika masih menjadi PM (perdana menteri), perkara akan jadi berbeza,” katanya di Twitter.
“Saya percaya kita masih boleh meraih lebih sokongan.
“Bagaimanapun, kamu (Mahathir) tak (bincang). Ia seperti kerajaan kamu sendiri dan bukan PH,” dakwanya lagi dalam tweet yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Mkini