Jijik… Hospital kekurangan pekerja, pesakit berselimutkan surat khabar darah bersepah atas lantai
Tidak terjaga malah kotor dan jijik! Itulah yang dapat digambarkan terhadap sebuah hospital apabila beberapa gambar tular menunjukkan keadaan sebenar di wad bersalin apabila banyak keguguran berlaku.
Keadaan ini memaksa beberapa jururawat di hospital Port Elizabeth, Afrika Selatan menjadi pekerja pembersihan apabila pekerja pembersihan tidak dapat bekerja ekoran perintah berkurung wabak Covid-19..
Setelah berbulan-bulan “perintah berkurung”, Afrika Selatan kini menyaksikan peningkatan kes jangkitan dan jumlah kematian.
Malah kesannya terjejas teruk di bandar Cape Elizabeth, Port Elizabeth, di mana hanya 2 doktor yang bertugas di daerah itu.
Memetik laporan BBC, doktor dan jururawat berkata, hospital utama Covid-19 itu kelihatan seperti zon perang.
Darah dan sisa perubatan lain bersepah dan tumpah di atas lantai dan tidak dibersihkan.
Manakala petugas kesihatan terdedah kepada risiko disebabkan oleh kekurangan peralatan perlindungan diri (PPE), sementara pesakit pula terpaksa tidur berselimutkan surat khabar kerana kekurangan katil.
Keadaan pesakit juga terjejas disebabkan oleh kekurangan ambulans, tiada ventilator dan kekurangan oksigen.
Malah berdasarkan sekeping gambar yang diambil di hospital tersebut menunjukkan sekumpulan tikus meminum darah manusia dari longkang.
Menurut seorang doktor, ekoran keadaan teruk ini membuatkan petugas kesihatan, jururawat dan pakar bedah terpaksa bergilir-gilir membersihkan hospital daripada segala kekotoran. FMT
You must be logged in to post a comment.