Covid-19 : 18 kes baru hari ini.
Sebanyak 18 kes baru Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, menyebabkan jumlah pesakit yang sedang dirawat di wad naik meningkat.
“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 92 kes. Mereka sudah diasingkan dan diberikan rawatan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.
Daripada jumlah tersebut, 3 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU). Tiada memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah kematian kekal 122 orang apabila tiada kematian dilaporkan hari ini.
Sementara itu, 3 pesakit pulih hari ini, menjadikan keseluruhan kes sembuh 8,541 orang atau 97.6%.
Sehingga kini jumlah komulatif kes di Malaysia berjumlah 8,755. FMT
You must be logged in to post a comment.