Tuntutan Tebing Serupai Laut Cina Selatan, AS sokong Malaysia
AS sokong Malaysia isu Laut China Selatan
Amerika Syarikat (AS) menegaskan China tidak mempunyai tuntutan wilayah atau maritim yang sah terhadap Beting Serupai (James Shoal), sebuah ciri tenggelam sepenuhnya yang hanya 50 batu nautika dari Malaysia dan sekitar 1,000 batu nautika dari pantai China.
Setiausaha Negara, Mike Pompeo berkata, China tidak memiliki asas tuntutan yang selari dengan undang-undang antarabangsa iaitu Beijing gagal untuk menawarkan asas perundangan koheren bagi menuntut ‘Nine-dash lines’ di Laut China Selatan secara rasmi sejak pengisytiharannya pada tahun 2009.
“Beting Serupai (kira-kira 20 meter di bawah permukaan) bukan dan tidak pernah menjadi milik China dan Beijing juga tidak boleh menegaskan hak maritim yang sah terhadapnya,” katanya.
Beting Serupai atau dipanggil ‘Zengmu Ansha’ oleh China sering disebut dalam propaganda China sebagai ‘wilayah paling selatan China’.
Undang-undang antarabangsa jelas menyebut bahawa ciri bawah laut seperti Beting Serupai tidak boleh dituntut oleh mana-mana negara dan tidak boleh dijadikan zon maritim.
Presiden Donald Trump sebelum ini berkata pertikaian antara China dan negara jirannya di Asia Tenggara perlu diselesaikan melalui penimbangtaraan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tanpa menyebelahi mana-mana pihak.
Negara ASEAN yang terbabit dalam pertikaian itu ialah Brunei, Malaysia, Filipina dan Vietnam. China dan Taiwan juga mengemukakan tuntutan.
Selain menjadi antara laluan perkapalan tersibuk di dunia, Laut China Selatan juga lokasi sumber gas dan minyak yang banyak. – Sinar
You must be logged in to post a comment.