Pasca COVID-19: Ini tindakan segera yang kerajaan patut buat

Share

Pasca COVID-19: Ahmad Maslan Utara Lima Cadangan Bantu Tangani Kos Sara Hidup

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan mengutarakan lima cadangan bagi menangani kos sara hidup rakyat.

Ketika mencadangkan usul ucapan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong semasa pembukaan Penggal Ketiga, Parlimen ke-14, Ahmad memaklumkan dalam titahnya Baginda Tuanku ada menyebut masalah kos sara hidup perlu terus ditangani.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan:

1. Kurangkan service charge/caj perkhidmatan daripada 10% kepada 5% dalam restoran, hotel dan perkhidmatan lain. Sekarang ini ada juga yang tidak kenakan caj itu.

2. Lanjutkan moratorium bayaran balik kepada yang hilang pekerjaan dan sektor niaga yang terjejas. Jumlah moratorium bayaran balik institusi kewangan dianggar RM51.4 bilion (RM17.9 bilion sektor perniagaan dan untuk rakyat RM33.38 bilion).

3. Banyakkan kawalan harga barang oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pangguna bukan hanya pada waktu perayaan. Cegah kartel, monopoli, persaingan yang tidak sihat. Pastikan Akta Anti Pencatutan dilaksana dengan ketat.

4. Pastikan Gedung Makanan Negara (GMN) bagi mengeluarkan pelbagai produk makanan dilaksana dengan KPI yang tinggi di FELDA, FELCRA, RISDA, KEDA, MADA, KESEDAR dan lain-lain agensi. Kita mesti utamakan food security (keselamatan makanan), utamakan kualiti dengan harga yang patut.

5. Harga makanan di semua kantin dan café di universiti, sekolah, pejabat, asrama hendaklah dikawal dengan baik. Kembalikan khidmat Kafe Rakyat 1Malaysia di beberapa universiti awam tetapi telah dihentikan oleh PH.

Sebelum itu, beliau rakamkan penghargaan kepada perkhidmatan kesihatan, Majlis Keselamatan Negara, Angkatan Tentera, Polis, RELA, APM, Jabatan Imigresen, Jabatan Bomba, Agensi Pengurusan Bencana Nadma, SKMM, pihak media cetak, media elektronik dan digital serta semua pihak yang telah berjaya memerangi COVID-19 dengan cemerlang.

“Status Covid-19 di Malaysia pada 13 Julai 2020, semalam ialah 8,725 kes keseluruhan, 122 jumlah kematian dan 8,520 kes yang sembuh. Peratus sembuh adalah sangat tinggi iaitu 97.65%, ketiga terbaik di dunia selepas New Zealand dan Korea Selatan. Syukur, Alhamdulillah.

“Bukan sahaja negara kita antara yang terbaik di dunia dalam memutuskan rantaian wabak COVID-19, pengurusan kesihatan secara umum di Malaysia juga adalah antara yang terbaik di dunia.

“Terpenting penghargaan juga kepada seluruh rakyat di negara ini dari Semenanjung hingga ke Sarawak dan Sabah yang telah dengan taat menuruti SOP PKP, PKPD, PKPB dan PKPP. Oleh kerana kepatuhan rakyat, maka negara ini dapat bangkit semula setelah mengalami episod COVID yang mengerikan,” katanya lagi. – UMNO Online

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!