‘Slow and steady’ ya YB…
PESANAN pertama Timbalan Yang Dipertua Datuk Seri Azalina Othman Said yang mengambil alih tugas mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat, hari ini adalah supaya anggota dewan lebih tenang ketika berdebat.
“Yang Berhormat (YB) saya ini bertugas hari pertama, jadi ‘slow and steady’ ya YB semua,” katanya.
Malangnya, pesanan itu hanya bertahan sementara sahaja sebelum dewan kembali hangat dengan Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin mendesak diberikan laluan untuk bercakap menerusi Peraturan Mesyuarat.
Sebelum itu, Azalina memberi laluan kepada Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau) menggunakan Peraturan Mesyuarat 36 (6), yang minta dibuat ‘ruling’ sama ada perkataan ‘barua’ boleh digunakan dalam dewan itu atau tidak.
“Apakah barua itu boleh digunakan dengan wajarnya di Parlimen ini. Jika boleh, saya akan gunakan dengan banyaknya hari ini. Jadi minta dibuat ruling sama ada ia ‘parliamentary’ atau ‘unparlimentary’,” katanya.
Azalina berkata, perkara berkenaan akan dibincangkan bersama Datuk Azhar Azizan Harun sebelum Yang Dipertua Dewan Rakyat itu mengeluarkan ‘ruling’ serta penjelasan lanjut.
“Secara umum Speaker nak bincang dan tengok menyeluruh sebab beberapa perkataan dicampak semalam dalam penuh kontroversi dan provokasi. Jadi biar kami tengok ‘handsard’ (sebelum buat keputusan) untuk berlaku adil,” katanya.
Keadaan makin tegang apabila Mohamed Hanipa enggan duduk dan terus mendesak dibenarkan bercakap menggunakan Peraturan Mesyuarat.
“Apa ‘point of order’ tak mahu dengar ini.. kenapa tak nak dengar. Tak bolehlah macam ini.. dengar lah dulu,” katanya.
Azalina kemudian meminta Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) meneruskan membaca usul Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
HM
You must be logged in to post a comment.