Pelakon John Travolta umum berita sedih, isterinya Kelly Preston pergi buat selamanya

LOS ANGELES: Isteri kepada pelakon Hollywood John Travolta, Kelly Preston meninggal dunia pada Ahad akibat kanser payudara.

Kematian Kelly Preston, 57, itu disahkan oleh Travolta menerusi status di Instagram miliknya.

Kata pelakon Saturday Night Fever itu, mendiang isterinya itu telah berjuang hampir dua tahun melawan penyakit tersebut.

“Berat hati untuk memaklumkan kepada semua bahawa isteri saya, Kelly telah pergi (meninggal dunia) selepas berjuang dua tahun dengan kanser payudara.



“Dia telah berjuang dengan penuh berani melawan penyakit ini bersama kasih sayang dan sokongan ramai,” tulisnya.

Mendiang Preston dan Travolta telah mendirikan rumah tangga selama 28 tahun dan memiliki tiga cahaya mata.

“Kelly akan terus dicintai dan diingati selalu. Saya akan mengambil beberapa tempoh untuk bersama dengan anak-anak yang kehilangan ibu mereka.

“Atas sebab itu, saya minta maaf sekiranya tidak mendengar khabar mengenai kami buat seketika, tetapi saya dapat rasai kasih sayang daripada anda semua,” katanya.



Pasangan tersebut berkahwin di Paris pada 1991.

Preston mempunyai perjalanan karier yang panjang dalam industri filem dan televisyen dan kebanyakannya digandingkan bersama suaminya.

Filem terakhir gandingan bersama pasangan ini adalah berjudul Gotti yang ditayangkan pada 2018. Awani



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker