Penyeludup 500kg ketum rempuh polis pengiring Menteri
DUA anggota polis pengiring Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri cedera selepas dilanggar pacuan empat roda dipandu penyeludup ketum di Felda Mata Ayer, Padang Besar, hari ini.
Kejadian berlaku tengah hari tadi ketika mangsa sedang mengiringi menteri terbabit dalam lawatan seharinya.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifudin Aslin Abbas berkata, ketika kejadian kenderaan penyeludup berusia 43 tahun itu dipercayai membawa lebih 500 kilogram daun ketum sedang dikejar oleh anggota Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA).
Katanya, penyeludup terbabit sedang dalam perjalanan ke tembok sempadan sebelum terserempak dengan pasukan keselamatan yang sedang melakukan rondaan.
HM