Speaker Dewan Rakyat: Dah Tak Ada Orang Lain?

AWANG terasa macam kolam bakat (talent pool) di negara kita semakin mengecil. Mana tidaknya, orang yang dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengarnya akan dicalonkan sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Tan Sri Mohd Ariff Mohd Yusof akan ditukarkan. Turut diganti ialah Timbalan Speaker, Nga Kor Ming daripada DAP.

Baru sangat rasanya Tuk Azhar Azizan Harun dilantik di SPR sewaktu era pemerintahan Tun mantan Perdana Menteri dan Pakatan Harapan (PH).

Pada 29 Jun lalu, beliau meletakkan jawatan. Tuk Azhar ambil tempat Tan Sri Hashim Abdullah mantan Pengerusi SPR yang banyak dikecam kerana dikatakan pro-Barisan Nasional (BN).



Awang bukan nak persoal kebolehan Tuk Azhar. Beliau seorang peguam yang dihormati.

Awang juga tak mahu melayan pandangan sesetengah orang bahawa oleh sebab beliau dilantik pada zaman PH, maka kesetiaannya pada kerajaan sekarang boleh dipertikai.

Awang yakin beliau seorang profesional yang akan menjalankan amanah dengan telus dan terbuka.

Tidak mudah menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat pada masa ini. Lebih-lebih lagi pada waktu kerajaan memiliki majoriti tipis di Parlimen.



Awang rasa tak ada keperluan untuk tukar Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua pada masa ini.

Kerajaan Tan Sri Perdana Menteri akan lebih dihormati sekiranya tidak ambil langkah ini. Tapi tentu ada muslihat mengapa ia berlaku. Pastilah ada udang di sebalik batu

SH



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker