Najib sedia membantu DAP
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini secara sinis berkata beliau sedia membantu menyangkal propaganda Umno dan BN terhadap Dap, kononnya Dap tidak demokratik kerana Lim Kit SIang menjawat sebagai pemimpin tertinggi parti sejak tahun 1969 sehinngga kini.
Berikut adalah catatan beliau di dalam laman facebooknya.
Kali ini saya bantu DAP sangkal propaganda jahat geng UMNO-BN yang menipu bahawa DAP tak demokratik kerana Kit Siang menjawat sebagai pemimpin tertinggi parti sejak tahun 1969 sehingga kini.
Ini tidak benar.
Mengikut perlembagaan parti DAP, jawatan tertinggi parti ialah Setiausaha Agung parti.
Dalam tempoh 51 tahun sejak tahun 1969,
– Kit Siang cuma menjawat selama 30 tahun 2 bulan sahaja.
– Anak Kit Siang menjawat selama 16 tahun (namun tempoh masih belum berakhir)
– Kerk Kim Hock menjawat 4 tahun 5 bulan.
Kit Siang dan anak Kit Siang cuma menjawat 91.5% daripada tempoh 51 tahun sejak tahun 1969. Bukan 100%.
Sebab itu, ianya tidak tepat untuk tuduh DAP sebagai sebuah parti yang tidak demokratik.
Najib sedia membantu DAP.
You must be logged in to post a comment.