Pelakon Filem ‘Sangkar’ Ini Akui Didera Sejak Kecil, Pernah Terfikir Untuk Tamatkan Riwayat Sendiri
Jika anda pernah menonton filem penuh aksi Sangkar sebelum ini pasti anda akan perasan kelibat Fadlan Hazim yang membawa watak Hafiz dalam filem arahan Kabir Bhatia yang diterbitkan tahun lalu itu.
Sering berkongsi aktiviti hariannya di Instagram bersama peminat sebelum ini, Fadlan dalam hantaran terbarunya bagaimanapun mengejutkan ramai apabila mengakui bergelut dengan masalah mental dan kini sedang berusaha mendapatkan rawatan selepas lama mengelak untuk berbuat demikian.
Dalam satu laporan eksklusif oleh Berita Harian, pelakon itu menjelaskan lebih lanjut mengenai masalah yang dihadapinya sejak kecil itu.
Bukan saja didera secara fizikal dan mental namun Fadlan menjelaskan kejadian itu turut memberi kesan kepada diriniya ketika ini sebagai seorang pelakon.
“Sejak kecil saya sudah menjadi mangsa dera. Perbuatan itu memberi kesan negatif ke atas emosi. Saya datang dari keluarga porak-peranda dan situasi itu merumitkan lagi keadaan.
“Sehingga hari ini, saya masih dihantui kenangan silam. Ada ketika, saya akan bersikap agresif. Ada waktu, saya lebih gemar menyendiri.
“Malah, saya pernah terdetik untuk menamatkan sahaja riwayat ini kerana tidak mampu lagi menahan beban,” katanya secara eksklusif kepada BH Online.
Kenapa baru sekarang?
Ditanya kenapa baru sekarang beliau memilih untuk mendedahkan perkara tersebut, Fadlan mengakui lebih selesa untuk menyimpan permasalahan yang dihadapinya daripada pengetahuan sesiapa kerana risau disalah anggap.
Malah dia turut menjelaskan ianya bagi mengelakkan beliau daripada sikap prejudis dan pandangan skeptikal orang lain jika mereka mengtahui tentang keadaannya.
Bagaiamanapun, tidak mahu perkara tersebut terus berlanjutan, beliau akhirnya memutuskan untuk mendapatkan rawatan di samping menjadikan kisahnya berdepan dengan masalah itu sebagai pengajaran.BH
You must be logged in to post a comment.