Timbalan MOF Pencen, Budget Nak Tunjuk “TERER” Kena Ketis Terus KANTOI!
Ahli Parlimen Kubang Pasu Amiruddin Hamzah ini seorang penipu dan pembohong.
Cuba suruh dia perincikan US$5.8 bilion yang dia tipu dalam point 6 dia bahawa saya telah berjanji membayar kepada IPIC dan kenapa pulak kita perlu bayar US$5.8 bilion kepada IPIC sedangkan IPIC yang bersetuju membayar balik semua wang yang didakwa hilang sebelum 30 Disember 2020.
Tanya dia jika ianya benar terdapat perjanjian sampingan (supplementary agreement) dengan IPIC yang sebut untuk pulangkan duit.
Dan IPIC sendiri dah keluarkan kenyataan bahawa 1MDB tak hutang apa-apa kepada mereka pun;
It said 1MDB did not currently owe any debt to IPIC or Mubadala.
OCTOBER 30, 2018: https://www.reuters.com/article/us-malaysia-politics-1mdb-ipic/malaysia-seeks-payment-relief-by-challenging-1mdb-ipic-settlement-idUSKCN1N40ZY
Oleh kerana dia menipu dan kira benda yang sama 2 kali, dia kata hutang 1MDB adalah RM70 bilion.
Sedangkan kerajaan PH mereka sendiri sahkan dalam parlimen bahawa hutang 1MDB adalah RM32.2 bilion.
“…RM32.2 bilion hutang bersih 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ”
https://www.sinarharian.com.my/article/38270/BERITA/Nasional/Jawatankuasa-Pilihan-Khas-Bajet-sahkan-hutang-negara-RM11-trilion
Di dalam mahkamah pun, angka ini juga disahkan:
“1MDB ada hutang RM30 bilion, ditanggung MOF, kerajaan, kata saksi”
https://www.malaysiakini.com/news/494051
Ini posting Amiruddin: https://www.facebook.com/Dato.AmiruddinHamzah/posts/3419655614734189
Dan ini SSTDM: https://www.facebook.com/sayasayangtunm/posts/4015296648542115
Lalu dia kata hutang 1MDB RM32 bilion akan bebankan negara buat selama-lamanya walaupun kerajaan PH dah tambah hutang negara sebanyak RM140 bilion dalam masa 22 bulan mereka memerintah.
Adakah RM32 bilion (yang banyak aset dengan pulangan tinggi) akan bankrapkan negara tapi hutang RM140 bilion yang korang tambah tak bankrapkan negara?
Kenapa pulak tak sebut pula aset-aset negara naik RM1.2 trilion dari RM800 bilion pada masa saya mula jadi PM kepada RM2 trilion pada akhir tahun 2017?
Jika Amiruddin ini berani, datanglah debat dengan saya tentang 1MDB. Saya buktikan penipuan dia satu persatu.
Tak apa, saya beri soalan bocor dulu jika dia berani:
Jika dia mahu, dia boleh sangkalkan perkara ini yang saya sudah tanya berulang kali:
Sila sangkal “dosa-dosa” berikut:
DOSA 1. Menyelesaikan masalah perjanjian penjana elektrik bebas (IPP) berat sebelah ketinggalan PM ke-4 yang menyunmbang RM8 bilion hingga RM10 bilion kepada PETRONAS setiap tahun untuk tempoh 20 tahun yang akan datang.
Saksi telah mengaku peranan 1MDB itu dalam Mahkamah. (tengok gambar)
Dengan penyelesaian itu juga, harga saham TNB naik tiga kali ganda dari RM5 hingga RM16 setelah keuntungan TNB berganda naik. Ini memberi manfaat kepada semua ahli Tabung-tabung rakyat seperti KWSP, PNB, Tabung Haji dan KWAP.
SOALAN CEPUMAS BAGI PH: Adakah masalah legasi IPP berat sebelah telah diselesaikan oleh Najib dengan pertolongan 1MDB.
Jika belum, kenapa PH sejak tahun 2012 tidak pernah lagi bangkitkan tuduhan ini yang dulu korang kata merugikan negara sebanyak RM20 bilion setiap tahun?
Adakah RM20 bilion X 20 tahun itu lebih besar atau lebih kecil berbanding hutang RM32 bilion 1MDB?
Bacaan lanjut: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155694068535952
DOSA 2. 1MDB membina atau menaik taraf lapan pangkalan udara negara termasuk pangkalan udara Sendayan yang merupakan pangkalan paling besar dan paling moden dalam negara.
SOALAN CEPUMAS BAGI PH: Kenapa pemimpin PH tak pernah sebut tentang 8 pangkalan ini yang dibiayai 1MDB? Tak penting ke pangkalan udara bagi negara?
Bacaan lanjut: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156278758815952
DOSA 3. Projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan RM140 bilion di mana kerajaan PH telah menjual sebahagian dari projek ini dengan harga RM7.41 bilion pada bulan April tahun ini.
SOALAN CEPUMAS BAGI PH: Adakah RM140 bilion dengan keuntungan minima RM92 bilion itu lebih besar atau lebih kecil berbanding hutang RM32 bilion 1MDB? Dan adakah projek ini amat penting dan projek jual negara?
Kita tanya PM ke-7:
“Perdana menteri berkata Bandar Malaysia akan memberikan impak signifikan terhadap ekonomi Malaysia berikutan ia akan berperanan sebagai hab untuk menarik lebih banyak syarikat multinasional berimpak tinggi global serta menawarkan potensi tindakan bersama dalam bidang kewangan, teknologi dan keusahawanan.
“Dengan jangkaan nilai pembangunan kasar atau GDV RM140 bilion, ia akan menjana impak besar terhadap pembangunan bandar untuk Malaysia bagi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing,” katanya.
17 Dis 2019: Projek Bandar Malaysia bukti kerjasama baik Malaysia-China (masa kerajaan PH menjual sebahagian dari projek Bandar Malaysia ini dengan harga RM7.41 bilion sambil mengambil gambar beramai-ramai untuk claim kredit projek ini, lalu Guan Eng kata semasa bajet 2020 bahawa kerajaan terbeban dengan membayar RM2.7 bilion untuk hutang 1MDB dalam tempoh 3 tahun ini pulak)
https://selangorkini.my/2019/12/projek-bandar-malaysia-bukti-kerjasama-baik-malaysia-china/
DOSA 4. Projek TRX dengan nilai pembangunan RM40 bilion.
SOALAN CEPUMAS BAGI PH: Adakah projek TRX ini bagus, menguntungkan negara, penting untuk negara dan bukan sekadar satu lubang besar dalam tanah seperti pernah didakwa PH?
Kita tengok apa yang Lim Guan Eng jawab:
12 Feb 2019: LGE describes RM40b TRX as one of Malaysia’s best assets, beckons investors to take part in development
https://www.nst.com.my/business/2019/02/459497/lge-describes-rm40b-trx-one-malaysias-best-assets-beckons-investors-take
DOSA 5. Perjanjian penyelesaian dengan IPIC di mana syarikat milik kerajaan Abu Dhabi itu berjanji untuk memulangkan segala dana yang disyarki hilang sebelum 30 Disember 2020.
SOALAN CEPUMAS BAGI PH: Kenapa pula PH tak pernah jawab bahawa Najib dah selesaikan wang yang didakwa hilang dan syarat kembalikan wang ini ada dalam perjanjian penyelesaian?
Keran jika diberitahu kepada Rakyat maka 1MDB tiada lagi wang yang hilang (cuma tunggu masa untuk dibayar balik) dan Najib bukan perompak atau penyamun.
Bacaan lanjut: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156801028485952
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156920228715952
SOALAN CEPUMAS TAMBAHAN: Hutang 1MDB adalah RM32 bilion. Kenapa dalam masa 22 bulan rejim gagalkrasi PH, mereka tidak pernah membayar balik atau mengurangkan satu sen prinsipal hutang ini?
Kerana hutang itu memang belum sampai tempoh untuk dibayar. Siapa yang suruh kita perlu bayar segala hutang ini sekarang?
Hutang ini adalah sampai tahun 2038 – iaitu selaras dengan projek-projek pembangunan TRX RM40 bilion dan Bandar Malaysia RM140 bilion yang juga memerlukan masa 20 tahun untuk diselesaikan dengan sepenuhnya?
Selain wang yang dibayar balik oleh PH, hutang RM32 bilion juga akan dibayar balik dengan keuntungan serta pulangandari projek-projek tersebut. Lagipun, kenapa pula hutang RM32 bilion yang banyak aset boleh memufliskan negara tetapi rejim gagalkrasi PH tambah hutang negara sebanyak RM140 bilion tak memufliskan negara pulak?
Sumber: FB Najib Razak
You must be logged in to post a comment.