Exco DAP Acah Melayu Zairil Khir Johari Mangsa Seterusnya ‘SMASH’ Bossku
Kita Akui Kebodohan & Keklentongan pada DAP ini satu Anugerah
Bodoh Tak Boleh Diajar Pandai Tak Boleh Diikut
Inilah cara orang PH menipu – tak kira yang tua-tua atau yang muda.
EXCO kerajaan DAP Pulau Pinang kata tiada satu sen pernah dibayar untuk kos-kos laporan projek terowong.
Dorang kata jika tiada satu sen dibayar oleh kerajaan DAP, maka dari mana datangnya rasuah?
Ya lah… tanah kerajaan tepi pantai dekat dengan Gurney Drive takde apa-apa nilai pun. Tak bernilai satu sen pun.
Cuba tanya Zairil siapa yang memberi tanah kepada syarikat terowong untuk membina projek-projek kondo mewah berbilion-bilion dengan harga RM1,350 satu kaki persegi yang banyak dijual kepada orang asing.
Siapa yang beri tanah dan sebab apa beri tanah kepada syarikat terowong?
Tanya Zairil:
https://www.facebook.com/ZairilKJ/posts/3368865636465005
NOTA: Sebenarnya, EXCO kerajaan DAP Pulau Pinang pernah menjawab soalan ini:
Baca sini:
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Pulau Pinang Lim Hock Seng berkata kerajaan negeri telah membayar RM31.269 juta bagi Kos Kebolehlaksanaan dan RM177.485 juta bagi Kos Reka Bentuk Terperinci projek tersebut melibatkan tiga jalan utama.
Bagi projek terowong dasar laut, kos kajian kebolehlaksanaan ialah RM20 juta sementara kos bagi kajian reka bentuk terperinci ialah RM76.248 juta, kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.
“Setakat ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membayar RM208 juta melalui pertukaran tanah bagi kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk terperinci ketiga-tiga jalan utama.
“Bayaran untuk laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar dimasukkan dalam RM208 juta itu,” kata Lim.
“Januari 14, 2018: Exco Pulau Pinang jelaskan bayaran bagi projek jalan, terowong dasar laut”
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/exco-pulau-pinang-jelaskan-bayaran-bagi-projek-jalan-terowong-dasar-laut-165666
You must be logged in to post a comment.