Pemimpin PN berkumpul nyatakan sokongan terhadap PM.
Ketua-ketua parti yang mendokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah mengadakan satu pertemuaan petang tadi di Putrajaya.
Semua pimpinan parti menzahirkan sokongan kepada YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin dan bermuafakat untuk memperkukuhkan persefahaman serta kerjasama demi kestabilan politik, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Pimpinan yang hadir adalah Presiden-Presiden parti iaitu YAB Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin (BERSATU), YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (UMNO), YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (PAS), YB Datuk Seri Wee Ka Siong (MCA), YBhg Tan Sri Dato’ Vigneswaran Sanasee (MIC), YAB Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg (PBB), YB Prof Dato’ Sri Dr Sim Kui Hian (SUPP), YB Dato’ Sri Tiong King Sing (PDP), YB Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing (PRS), YB Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili (PBS), YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup (PBRS) dan YB Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR).
Mesyuarat selama dua jam itu turut dihadiri oleh YB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali sebagai Ketua Whip Kerajaan Perikatan Nasional dan YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainuddin, Setiausaha Agung BERSATU.