Buku menyerupai Jata Negara, KDN Tegas Wartakan LARANGAN!

Kementerian Dalam Negeri hari ini mewartakan larangan terhadap buku Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope in New Malaysia susulan kontroversi mengenai imej pada kulit buku itu yang dikatakan menyerupai Jata Negara.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin mengeluarkan keputusan itu hari ini di bawah Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Penerbitan Tidak Diingini) 2020.

Perintah itu melarang pencetakan, pengimportan, pengeluaran, pengeluaran semula, penerbitan, penjualan, penerbitan, edaran, pengedaran atau pemilikan buku berkenaan.

Buku itu dikatakan “dilarang secara mutlak di seluruh Malaysia” kerana dianggap “memudaratkan ketenteraman awam, yang mungkin memudaratkan keselamatan, yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai, yang mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang dan yang mungkin memudaratkan kepentingan negara”.



Buku itu mengandungi koleksi tulisan mengenai pilihan raya umum 2018 dan peristiwa-peristiwa berikutnya yang disusun oleh editor Kean Wong dan diterbitkan oleh Strategic Information and Research Development Centre (SIRD).

Penggunaan lambang negara dilindungi oleh Akta Lambang dan Nama 1963 (Akta 414), dengan penggunaan yang tidak wajar dilarang di bawah Seksyen 3 (1) akta itu, yang menyatakan:

“Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa, tiada seorang pun boleh, kecuali dengan kebenaran bertulis Menteri —

(a) mengguna apa-apa nama ternyata atau lambang ternyata atau apa-apa tiruan serupa mengenainya, bagi maksud apa-apa perdagangan, perniagaan, pekerjaan atau profesion;



(b) mengguna bagi maksud, atau memperagakan sebagai suatu iklan bagi, apa-apa perniagaan, perdagangan, pekerjaan atau profesion, atau menjual, apa-apa fotograf, lukisan atau rupaan lain gambar Yang di-Pertuan Agong atau Raja Permaisuri Agong;

(c) mengguna atau terus mengguna apa-apa nama ternyata atau lambang ternyata, atau apa-apa tiruan serupa mengenainya, dalam tajuk apa-apa paten, atau dalam apaapa cap dagangan atau reka bentuk; atau

(d) membuat bagi maksud jualan atau menjual atau ada dalam miliknya untuk dijual, apa-apa lambang ternyata.”

Bagaimanapun, kalangan peguam berbeza pendapat mengenai bagaimana undang-undang menangani seni yang berkaitan dengan lambang negara.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker