Saya dah kata, setiap langkah Mahathir untuk jadikan Mukhriz PM, kata Najib

Najib Razak hari ini secara sinis mengucapkan tahniah kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim kerana dilihat akan mendapat semula kedudukannya sebelum ini, iaitu sebagai timbalan perdana menteri, selepas 22 tahun berjuang.

Najib berkata, setiap jalan yang dipilih oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad adalah untuk mengangkat anaknya, Mukhriz Mahathir sebagai perdana menteri.

“Pakatan Harapan minus (tanpa PKR) sebulat suara sokong Presiden Warisan Shafie Apdal sebagai perdana menteri, Anwar dijadikan timbalan perdana menteri 1 dan Mukhriz sebagai timbalan perdana menteri 2. Kan saya dah kata?

“Setiap jalan yang dipilih perdana menteri ke-7 akan berakhir dengan Mukhriz menjadi timbalan perdana menteri dan akhirnya perdana menteri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 1997, sewaktu negara dipimpin oleh Mahathir sebagai perdana menteri ke-4, beliau bertindak memecat Anwar sebagai timbalan perdana menteri.

Keputusan itu menyebabkan tercetusnya gerakan reformasi untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN), yang akhirnya berjaya pada 2018 dalam pilihan raya umum ke-14 apabila gabungan politik itu gagal mendapat bilangan kerusi Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan pusat.

Najib berkata, langkahnya untuk tidak menyokong Mukhriz sebagai naib presiden Umno sebelum ini dikatakan antara sebab Mahathir mula meluahkan perasaan marahnya, iaitu sewaktu pemilihan Umno pada akhir 2013.

“Siapa suruh kamu percaya sangat pada DAP dan konconya, Amanah. Kan kamu sudah terang-terang dikhianat mereka. Mana mungkin DAP boleh diharap, tidak percaya tanyalah parti PAS,” katanya merujuk kepada pembubaran Pakatan Rakyat pada 2017 susulan perbalahan antara DAP dengan PAS.

Terdahulu hari ini Mahathir mendedahkan bahawa kumpulannya bersama-sama DAP, Amanah dan Warisan bersetuju mencadangkan supaya Presiden PKR Anwar Ibrahim dilantik sebagai timbalan perdana menteri 1 dan anaknya Mukhriz sebagai timbalan perdana menteri 2.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian selepas gabungan pembangkang membuat keputusan sebulat suara untuk mencalonkan Shafie sebagai calon perdana menteri sekiranya mereka kembali berkuasa.

Menurut Mahathir, Shafie merupakan salah seorang pemimpin asal yang menentang kerajaan kleptokrasi sejak sebelum pilihan raya umum ke-14 lagi.

Bahkan katanya, Shafie adalah pemimpin awal yang menjadi mangsa pentadbiran bekas perdana menteri Najib Razak.

FMT

Related Articles

2 Comments

  1. Rasanya kerajaan klepto ini bermula lebih awal dari pentadbiran Najib dan Badawi,mungkin sejak PM ke-4.Orang pertama yang menentangnya jelas bukan Shafie malah bukan Anwar juga,mungkin orang yang mulakan penentangan klepto dah mati terkubur atau terbakar.Yang jelas sekarang ini ahli politik suka sangat main politik.PM sekarang main usul ganti speaker,main lantik sekutu jawat jawatan tinggi GLC,main buat suka hati dia keluar pakatan tapi tapi kembalikan kerusi yang dimenangi melalui pakatan.Pembangkang pula main pilih pilih calon PM padahal jumlah sokongan tak pasti cukup.
    Cadangan buat parti pembangkang dan pentadbiran(kerajaan), cuba buat demonstrasi dengan penjarakkan sosial dengan ahli parliament masing masing dekat parliament atau stadium merdeka.Tak perlu tunggu usul tak percaya,boleh tahu dengan jelas siapa ada majority.
    Amalan lompat parti sesuka hati ini harus dijadikan sebagai jenayah derhaka dalam perlembagaan, baru situasi politik akan aman.Kononnya guna pakai hak asasi manusia untuk mengambil keputusan sendiri keluar parti tapi kepercayaan pengundi dikhianati.Kelemahan ada di sistem jadi tak boleh salahkan mana mana ahli politik,semuanya ambil kesempatan.

  2. Pandai ia mahathir nk lantik anak nya jd pardana menteri nk kaya lg jadi tokek dan juga ambil duit rakyat dh lah loyak buruk mahathir tk laku dh kau pun kami pilih muhiddin yassin atau najib razak dan kita org nk tengok kau dan anak2 kau masok penjara klu salah org kau nampak salah kau sendiri kau buat2 tk nampak betul tak kau ini ibarat spt zionis israel atau perdana menteri israel betul tk

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker