Anak, bapa sama naik hisap dadah

DUA beranak antara 45 individu ditahan kerana terbabit dalam kegiatan penagihan dadah dalam Ops Cegah oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Miri yang berakhir semalam.

Ketua AADK Daerah Miri Mazlan Jikran berkata, dua beranak berusia 18 dan 40 tahun itu ditahan di rumah mereka di Bekenu.

“Isteri suspek tidak dapat menahan sebak ketika pasukan AADK Miri menahan suami dan anaknya di rumah mereka petang semalam,” katanya.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, operasi bersepadu yang bermula sejak 22 Jun lalu itu menahan 45 individu berusia antara 17 hingga 56 tahun ditahan di beberapa kawasan seperti Miri, Batu Niah dan Bekenu kerana terbabit dalam aktiviti berkenaan.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati 44 disahkan positif methamphetamine manakala seorang positif ganja,” katanya.

Operasi itu turut disertai Jawatankuasa Keselamatan Penduduk (JKP) Miri, Angkatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Miri dan Skuad Gagah Bekenu.

Menurut Mazlan, semua individu terbabit ditahan mengikut Seksyen 3 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“Jika didapati bersalah, mereka akan diperintah menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan atau (dikenakan) pengawasan dalam komuniti,” katanya.

HM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker