Dah jahil mengelirukan pula
oleh Mohd Rizal Azman Rifin
MASA kini menunjukkan banyak pihak sangat teruja untuk memperkatakan berkenaan isu yang menyentuh hal ehwal agama.
Masing-masing seolah-olah ‘mahu’ mempamerkan keilmuan sendiri, malah tidak kurang juga orang awam yang bukan ahli dalam bidang agama turut terjebak dalam isu agama sehingga menimbulkan kekeliruan pada pemahaman masyarakat awam.
Sebelum ini ilmu berkenaan agama lebih tertumpu kepada pengajaran dan kuliah di masjid dan surau semata-mata namun kini media sosial seperti WhatsApp, Facebook dan pelbagai saluran media sosial yang lain turut menampilkan peranan dalam mengaktifkan sumber pendidikan dalam agama.
Tidaklah menjadi satu kesalahan untuk kita mengikuti perkembangan dan sama mara dalam kerancakan media sosial dalam ilmu agama.
Ini kerana kaedah penyampaian ilmu agama juga sewajarnya turut seiring dengan perkembangan zaman. Malahan, media sosial mampu menjadi pemangkin yang jitu ke arah menyebarluaskan syiar Islam dan memberi kemantapan fahaman berkenaan sesuatu aspek agama.
Sungguh pun demikian, sebagai umat Islam dan sebagai pengguna media sosial yang berhemah dan bijaksana, kita seharusnya berhati-hati dengan sebarang sumber maklumat dan ilmu yang disalurkan.
Usahlah kita ‘menangkap’ semua yang ditebarkan dalam laman sosial masa kini.
Allah menegaskan yang bermaksud: “Dan tidaklah Kami mengutuskan Rasul-rasul sebelum kamu (Wahai Muhammad). Melainkan daripada kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu, bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Nahl ayat 43)
Rasulullah SAW memberi amaran bahawa memperkatakan ilmu tanpa ilmu boleh menyesatkan dan hal ini boleh kita kesan melalui sebuah hadis yang disampaikan oleh Amru bin al-As yang beliau mengatakan bahawa Rasulullah SAW ada bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak mengangkat ilmu secara sekali gus daripada hamba-hamba-Nya, tetapi mengangkatnya dengan cara mematikan ulama sehingga tidak ada lagi orang alim, orang ramai mengangkat pemimpin yang jahil (menjadi pemimpin mereka). Pemimpin itu ditanya mengenai sesuatu isu, lalu mereka mengeluarkan fatwa tanpa berdasarkan ilmu. Mereka menjadi sesat dan menyesatkan orang lain.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Kisah anggota masyarakat awam yang bercakap atau menulis berkenaan agama tanpa ilmu jelas semakin ketara dan gejala seperti ini wajib ditangani.
Ambillah kisah berikut yang mungkin boleh menimbulkan rasa insaf sekali gus menyebabkan kita lebih berhati-hati.
Penulis adalah pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah.
You must be logged in to post a comment.