Covid-19 : 4 kes sahaja hari ini.

Empat kes baru Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu, manakala 40 pesakit sembuh.

Jumlah kematian kekal 121 orang kerana tiada kematian dilaporkan hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, 2 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), tetapi tiada yang memerlukan bantuan pernafasan.

Setakat ini, Malaysia merekodkan 8,600 kes Covid-19 dengan 8,271 daripadanya sembuh.

208 pesakit Covid-19 masih dirawat di seluruh negara.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker