‘Jika berlaku kecemasan, keluarkan Undertaker’

LEGENDA WWE, The Undertaker mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya selepas mengumumkan persaraan daripada saingan gusti profesional.

Bintang berusia 55 tahun itu mengumumkan persaraannya pada episod terakhir dokumentari mengenai dirinya, The Last Ride.

Undertaker atau nama sebenarnya Mark Calaway, memuat naik gambar di platform media sosial menunjukkannya di atas pentas bersama ribuan peminat di depannya.

Dia kemudian meletakkan kapsyen ringkas ‘#ThankYou’ atau terima kasih.

“Terima kasih untuk segala-galanya dan memberikan kami detik indah di WWE sekali gus menjadikan kehidupan zaman kanak-kanak kami sangat menarik. Anda akan sentiasa dalam ingatan,” tulis seorang peminat.

Bagaimanapun peminat mungkin mempunyai peluang untuk menyaksikan legenda itu beraksi semula.

Ketika mengumumkan persaraannya, Undertaker menyatakan bersedia untuk kembali ‘sekiranya berlaku kecemasan’ dan bos WWE, Vince McMahon mendesaknya.

“Jika berlaku kecemasan, pecahkan kaca dan bawa keluar The Undertaker. Saya akan mempertimbangkannya.

“Tetapi buat masa ini dalam karier saya, saya tidak mempunyai keinginan untuk kembali ke gelanggang,” kata Undertaker.

HM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker