Cari Calon PM Pun GAGAL, Masih Mahu Undi Tak Percaya? Ini Kerja GILA!

Mahathir Dah Nyayuk!

Itu kesimpulan yang cukup untuk menggambarkan sikap dan tahap pemikiran beliau yang pelik buat masa ini. Segala perkara yang logik bagi beliau sebelum ini tidak lagi diambil peduli dalam membuat pengkiraan politik. Bermula dengan langkah perletakkan jawatan beliau sebagai PM7 yang kununnya tidak mendapat sokongan dari partinya sendiri dan seterusnya permecatan secara beliau daripada Bersatu, langkah Mahathir berikutnya semakin sumbang dan tiada hala tuju.

Beliau seolah – oleh kehilangan pedoman dalam mencatur politiknya sendiri. Walaupun begitu, beliau masih lagi bernafsu mahu melihat masa depannya sebagai PM buat kali ketiga. Ini benar – benar tidak masuk akal sama sekali. Bukan sahaja soal umur dan keupayaan mental beliau dipersoalkan malah untuk mendapatkan sokongan kembali sebagai PM9 pun beliau telah gagal. Anwar tidak mahu derita dan dikencing lagi oleh Mahathir buat kali ketiga. DAP & Amanah juga pening untuk mencari calon bagi PM9 kerana kegagalan mencapai kata sepakat diantara Mahathir & Anwar. Jadi apa gila dan buang masa untuk bawa usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin Yasin sebagai PM.

“Apa KEJADAHNYA SEMUA INI.. Menentukan Calon PM pun masih GAGAL kini cuba buang masa parlimen dengan membuat kerja bodoh dan sia-sia”

Tinggi sungguh makam kegilaan ini.. Teman kenot brain chorrrr kenot brain!!!

 

Yeop Karai

Seorang pesara tentera, pemikir politik & Juara Dam Haji Warong Pak Mat Pulau Tiga Kampung Gajah

 


 

Dr M: Usul undi tidak percaya pada Muhyiddin tetap diteruskan

Pembangkang akan tetap meneruskan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada persidangan Dewan Rakyat yang akan datang, kata Dr Mahathir Mohamad.

Dalam wawancara dengan Sin Chew Daily, bekas perdana menteri itu berharap usul tidak percaya yang dibawa olehnya terhadap Muhyiddin akan dapat dibahaskan di parlimen yang akan berlangsung dari 13 Julai hingga 27 Ogos.

Jelas Mahathir, sekiranya usul itu ditolak oleh speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof, pembangkang akan meneruskan usaha tersebut semasa proses pengundian untuk Belanjawan 2021.

Belanjawan 2021 dijadualkan akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 November.

Pada awal Mei, Mahathir memfailkan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin setelah presiden Bersatu itu terlibat dalam Langkah Sheraton pada 23 Februari yang membawa kepada jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dalam usulnya, Mahathir mengatakan Muhyiddin tidak mempunyai majoriti Dewan Rakyat.

Usul itu ditangguhkan ke persidangan Julai, selepas persidangan sehari pada 18 Mei hanya menampilkan titah pembukaan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Usul itu mungkin sekali lagi tidak akan dibentangkan pada persidangan Julai kerana ia biasanya mengutamakan agenda yang dibawa oleh kerajaan.

Kerajaan dijangka membentangkan RUU Covid-19 (Langkah-langkah Sementara) pada sidang akan datang.

Awal bulan ini, Pengerusi PH, Anwar Ibrahim berkata, PH Plus, gabungan tidak rasmi yang melibatkan PH, Warisan dan kem Mahathir, mempunyai 107 daripada 222 sokongan ahli parlimen.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

MK

Related Articles

One Comment

  1. menurut kata bomoh anwar, cuma tinggal satu jenis bunga je untuk dicampurkan dengan bunga2 yang telah sedia ada buat mandi buang suwey asyik kena kencing madey

    bunga apakah itu?

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker